CERPEN ini ditulis sempen meraikan pencalonan muka baru di KADUN Bukit Tengah. Sekalung penghargaan buat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak mengekalkan nama penyandang iaitu YB Ong Chin Wen sebagai calon ADUN Bukit Tengah pada PRU14 ini. GAMBAR SEKADAR HIASAN.
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial
MASUK selepas Isyak tadi, sudah 20 kali telefon Pak Leman berdering. Orang sama yang menghubunginya. Cuma, sekali sahaja panggilan orang yang sama itu dijawab, iaitu menjelang masuk waktu Zuhur siang tadi. Bukan apa, Pak Leman sangka gerangan Si Meon menghubunginya ada kena-mengena mengenai sihat mati ibu kepada pemuda Islamis yang tengah nazak di hujung Kampung Siam.
Dalam firasat Pak Leman yang rimas dengan deringan telefonnya itu, Si Meon menghubungi berkali-kali sejak selepas Subuh tadi atas sebab Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). “Waktu panas sebegini, kalau aku ludah ke langit pun, ingat air ludah yang tersembur itu tak jatuh ke atas muka aku. Ramai ahli politik akan menadah muka mereka atas nama ‘Demi Rakyat’,” seloroh beliau kepada Ani.
Ani yang sedang menanak nasi atas dapur kayu terus kerjanya di dapur. Dia menjenguk wajah suaminya yang mencebik mulut itu, sambil tersenyum. Ani faham sangat dengan kelaku suaminya. Sudah empat pilihan raya umum, apabila Dewan Rakyat dan Dewam Undangan Negeri dibubarkan sahaja, mulut suaminya itu mula lah mencebik-cebik ahli politik negara. Namun, saban hari akan turut ke lapangan untuk memastikan sahabatnya mempertahan kemenangan di kerusi Parlimen dan KADUN yang ditandingi sekaligus. “Abang Haji kan orang ‘Istiqamah’. Si Meon menghubungi itu kerana dia tahu di atas tangan Abang Haji ada lebih 300 pengundi luar yang dipindah masuk ke kampung halaman kita ini. Menang kalah, 300 itu lah antara ‘nyawa’ parti, bukan malaikat.”
Pak Leman yang duduk di beranda rumah meraba-raba atas pelenggar, mencari gores api. Rokok daun di mulutnya mati lagi. Dia memuncungkan mulut, tanda setuju, bukan memujuk isterinya ke ranjang lagi.
Balutan rokok daun yang ‘mati‘ lagi, terus digulung-gulung di mulut dengan jari, sebelum diapikan sekali lagi. Seperti rokok daun yang digulung-gulung hingga kejap itu, fikiran Pak Leman pun berpusing-pusing dan terbayang melayang jauh dari beranda rumah tempat dia duduk itu. Dia masih berfikir mengenai cakap-cakap seorang anak muda yang disapanya di Masjid selepas Subuh tadi.
Anak muda itu namanya seperti nama penuh Pak Leman, iaitu Sulaiman atau dipanggil Man sahaja. Man pernah menjadi murid Pak Leman waktu di SKKS. Kemudian Man dapat 4A UPSR, lalu ditawar masuk ke SMKA AL-Mashoor (Lelaki). Sejak itu, jarang nampak Man bersolat jemaah Subuh di Masjid Kariah. Waktu Subuh tadi, Man, lepasan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang mengimamkan solat, lalu bertegur sapa dengan Pak Leman di beranda Masjid.
“Man, malam ini kalau lapang, selepas Isyak, jom lah ikut Pak Leman gantung bendera parti,” sapa balas lelaki separuh abad itu. Mukanya tak berubah, kacak macam waktu menjadi Guru Bahasa Melayu dulu. Cuma, mungkin rambut dan janggut agak sedikit keputih-putihan.
“Cikgu masih ‘Istiqamah Sampai Menang’ atau telah menyokong parti Islam kedua yang baru,” balas Man. Ringkas tapi mesra pertanyaan anak muda itu, yang kini bekerja sebagai wartawan muda di portal berita Penang Insight. Barangkali baginya, lebih banyak mendengar mungkin akan memperkaya lagi inspirasi dalam menulis mengenai isu-isu politik ekonomi di tanah air ini.
Pak Leman cepat-cepat menunjukkan baju teluk belanga yang berwarna biru lebih muda. Katanya, Malaysia akan bankrap jika hutang terkumpul persekutuan mencecah 55% berbanding GDP. “Economis muda kita yang kata begitu, lagi kama anak kepada Bapa Pembangunan Negara itu memerintah Malaysia, anak cucu kita terpaksa bayar lebih RM22,000 untuk melangsaikan hutang persekutuan yang cecah lebih RM600 bilion.”
Man ambil sikap mendengar sahaja. Salah satu sebab dia suka, kerana cikgunya waktu berbual pun lazim menggunakan Bahasa Melayu Aras Tinggi. “Cikgu, kalau pencen pun, tetap perwatakan seorang cikgu,” bisik Man.
Sebenarnya Man nak bertanya, sudah berapa banyak pegawai kerajaan persekutuan memaksa cikgunya itu membayar tunggakan lebih RM22,000 yang dibebankan ke atas tiap-tiap rakyat Malaysia, lebih 34 juta orang? Dan dia nak tanya juga, ada dapat resit pembayaran daripada pegawai kakitangan kerajaan andai memang ada membayar untuk mengelak Malaysia ke garis bankrap?
Tapi, soalan lain yang Man tanya Pak Leman. “Orang-orang yang tak ada kediaman sebab tak cukup duit nak buat pinjaman bank RM200,000 untuk membeli rumah mampu milik luas lantai 1,000 kaki persegi, tak teringinkah jika kalau parti kita mengemukakan dasar rumah mampu sewa semacam kuarter Kerajaan? Kalau sewa beli mahu RM1,000 sebulan, tapi sewa RM300 sahaja."
Dahi Pak Leman berkerut. Mujur dia tak bawa celepa tembakau dan daun rokok. Tidak akan cepat-cepat digulung dan dibakar. Waktu buntu dan penting, lazimnya begitulah Pak Leman. “Apa kena-mengena isu hutang persekutuan boleh bankrapkan Malaysia, yang Cikgu cakap ini, dengan isu perumahan yang kami bangkitkan ini,” tanya beliau. Suara memang garuk dan lantang, tapi bukan kerana amarah dengan anak muridnya itu.
Sambil-sambil mengajak Pak Leman duduk bersama di tangga beranda masjid, Man cuba menjelaskan sebaik mungkin. Suaranya begitu sederhana dan jelas, supaya tidak dipandang serong oleh gurunya itu. “Memang tiada kaitan. Saya bercakap soal manifesto, (manakala) rata-rata ahli politik sebelah kita dan ‘sebelah sana’ pula bercakap mengenai politik personaliti yang sentimental."
Pak Leman mengangguk-angguk, menunjukkan minat, kerana beliau memang kuat menyokong segala Amanah Tok Guru. Sokongannya kepada Barisan Nasional hari ini pun atas dasar “ta’awun” dan “walak” kepada Tok Guru. Fatwa Tok Guru lagi, harap untuk umat Islam dan orang Melayu menyokong pakatan pembangkang terutama ‘parti Cina’ terbabit.
Sebenarnya dalam manifesto parti kita dan parti lawan sama sahaja, respons Man. Menurut beliau, sistem perumahan mampu milik yang ada dalam manifesto parti pemerintah dan parti pembangkang adalah sama, iaitu mengggalakkan kapitalis swasta membina rumah lalu dipaksa jual kepada rakyat. “Rumah Mampu Milik itu bukan milik kerajaan, ia milik syarikat kapitalis swasta dan rakyat dipaksa membeli unit kediaman mewah ini daripada syarikat pemaju swasta.”
“Habis, kalau kita pilih ‘Istiqamah hingga menang’ salah, menyokong pakatan pembangkang pun salah, kita nak sokong parti apa waktu Hari Mengundi 9 Mei ini?” tanya Pak Leman. Dia memang mahu terus menyelam dalam benak fikiran anaknya itu.
“Pangkah semua parti.” Ringkas jawapan Man, sambil meminta diri untuk bergegas pulang ke rumah, kerana nak menghantar anak kecil beliau ke SKKS sebelum 7.30 pagi.
Mengingati perbualan ringkas Man selepas Subuh tadi, Pak Leman yang sedang membakar rokok daun di beranda rumah membatalkan hasratnya untuk menggantung bendera ‘bulan’ di sepanjang jalan kampung pada lewat malam ini. Ini nak masuk pilihan raya umum ke-lima yang Pak Leman akan menggantung bendera parti serta mengerah penyokong tradisi yang dipindah masuk ke Kampung Siam, supaya keluar mengundi. Namun, warga emas itu masih tinggal di rumah yang daif, kerana semua orang politik langsung tiada komitmen untuk melaksanakan Program Perumahan Mampu Sewa Selasa RM300 sebulan, yang disarankan dalam Manifesto Merah!
Akhirnya, Pak Leman memuncung mulut sekali lagi kepada Ani, mengajak masuk ke kamar tidur. Telefon berdering dalam gulungan kain pelekat pun, mungkin Si Meon yang memanggil, sengaja Pak Leman tidak menjawab, kerana sunat ‘tidur awal’ bersama isteri muda cantik dan jelita pada malam Jumaat.
END
No comments:
Post a Comment