Firman Allah SWT yang bermaksud:
"... (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!"
[Surah As-Saba':15]
Menurut Ibn Abbas, negeri yang dimaksudkan adalah Kerajaan yang diperintah seorang pemimpin yang adil tetapi bukan Islam, iaitu ayah kepada Ratu Balqis.
Selepas Ratu Balqis memeluk Islam dan melaksanakan keadilan dalam pemerintahan, pentadbirannya yang meninggikan keimanan turut dipuji dalam al-Quran.
Sesungguhnya Allah memuliakan Ratu Balqis atas keadilan pada pentadbirannya.
"Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami (Allah) akan tumpahkan keberkatan daripada langit dan keberkatan dari bumi, dan sebaliknya jika kebenaran itu didustakan, maka Allah akan menyeksa mereka di sebabkan perbuatannya itu."
[Surah al A'raaf : 96]
Imam Ibnu Taimiyyah berkata dalam kitab Al-Hisbah, yang bermaksud:
"Allah SWT membantu negara yang adil, waima negara itu kafir. Dan tidak membantu negara yang zalim, waima negara itu negara orang mukmin" [rujuk Al-hisbah: 4]
No comments:
Post a Comment