31 March 2014

Karya P.Ramlee kuatkan keharmonian kaum - Guan Eng

LAKONAN semula beberapa babak dalam karya P.Ramlee, yang nyata membawa makna keharmonian kaum. | Foto: Facebook Buletin Mutiara.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

AIR ITAM - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap masej keharmonian kaum yang ditonjolkan dalam karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee akan terus menjadi kekuatan rakyat di negeri berkenaan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Festival P.Ramlee Kali Ke-2 2014 di Kampung Melayu di sini, semalam.

"Saya percaya bahawa hubungan mesra di kalangan masyarakat Pulau Pinang ini adalah legasi sejarah yang berbilang bangsa dan berwarna warni. 

"Ia seharusnya menjadi kekuatan kepada kita, dan bukan punca pertelingkahan. 

"Malah, sifat-sifat inilah yang sering ditampilkan dalam karya P Ramlee, dan saya percaya beliau dipengaruhi oleh pengalamannya sewaktu membesar di Pulau Pinang," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Pada majlis itu, beliau turut melahirkan rasa syukur kerana majoriti rakyat di negeri ini tidak terpengaruh oleh beberapa cubaan provokasi oleh pihak tertentu demi mengkucar-kacir keharmonian sesama kaum.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyambut baik cadangan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) Datuk Seri Mohd. Yusof Latiff untuk mengangkat P.Ramlee sebagai ikon perpaduan negara.

Ahli Perlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Wong Hon Wai (ADUN Air Itam merangkap Setiausaha Politik baru bagi Ketua Menteri) turut berucap pada majlis tersebut.

Tayangan 'wayang pacak', forum, acara sukan rakyat, pertandingan karaoke lagu-lagu P Ramlee dan Saloma, program gotong royong serta senamrobik antara program menarik sepanjang tiga hari karnival anjuran Penang Institude (PI), iaitu badan pemikir negeri.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus