26 July 2012

Bersih3.0: Penasihat DAP desak Menteri Umno beri Asrul 'buta' pampasan kekal

Wajah Asrul Wadi sejurus dibelasah oleh 'Polis Raja Di Malaysia'
PAMPASAN seumur hidup wajar diberikan kepada anak Melayu kelahiran Pulau Pinang, Asrul Wadi Ahmad, 27 yang buta sebelah mata akibat tembakan kenister gas pemedih mata polis semasa perhimpunan aman Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lepas.

Lim Kit Siang
Demikian desakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas Mahkamah mengumumkan Bersih 3.0 bukan pertubuhan haram.

"Kekejaman dan keganasa polis pada perhimpunan Bersih 3.0 mengakibatkan seorang jurutera (bernama) Asrul kini "buta" dan tidak boleh diambil bekerja," tegas Kit Siang.

Difahamkan, Asrul telahpun berkongsi pengalaman menerima keganasan polis dalam suatu pendengaran awam anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru ini.

Kit Siang yang jug Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, penglihatan Asrul sempurna 20/20 tetapi kini tahap penglihatan dalam mata kanannya hanyalah 15 peratus. 

"Akibatnya, beliau mungkin tidak boleh diambil bekerja sebagai jurutera mekanikal walaupun mendapat ijazah dalam kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Tun Hussein Onn dalam bulan Februari," tegas beliau lagi.

Tuntas dari itu, Kit Siang yang juga salah seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat berkata, suatu kempen bersepadu akan dilancarkan di seluruh negara sekiranya Hishammuddin masih berdalih untuk membela nasib anak Melayu malang itu.

"Sekiranya Hishammuddin tidak bersedia untuk mengambil inisiatif untuk menggesa kerajaan untuk memberi pampasan kepada Asrul, satu kempen di seluruh Negara harus dilancarkan untuk menuntut Hishammuddin dan kerajaan bertanggungjawab di atas kecederaan kepada mata Asrul dan untuk bertanggungjawab untuk memberi pampasan seumur hidup kepada Asrul," tegas Kit Siang lagi.

INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'


Artikel berkaitan:
Apakah kelayakan Afnan Hamimi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama sungguhpun lawan Exco Kerajaan Negeri P.Pinang?
Taib Azamuden tak jadi Ahli Parlimen Baling, Afnan Hamimi?
Mengapa grup Dr Hasan UG tuduh saya 'parasit'?
Pemuda, Hafiz Nordin 'pertemuan biasa' - Yusni

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus