27 February 2012

Himpunan Hijau 2.0: Di mana komitmen PAS P.Pinang?

SEDAR atau tidak, PAS Pulau Pinang dilihat seolah-olah langsung tidak
menyatakan pendirian hatta berusaha melancarkan mobilisasi di
peringkat parti bersempena Himpunan Hijau 2.0 anti Lynas di Padang
Kota, George Town pada petang semalam.

DAP, PKR serta badan bukan kerajaan (NGO) lain masing-masing
bermuafakat di peringkat negeri bagi menentang pentadbiran Datuk Seri
Najib Tun Razak kerana perdana menteri itu menyokong projek anti
kesematan rakyat itu.

PAS di Pulau Pinang mungkin terlupa yang Presiden PAS Tuan Guru Abdul
Hadi Awang, Haji Mohamad Sabu (timbalan presiden) dan Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan) merupakan susuk penting di sebalik
komitmen PAS pusat mobilisasi massa menentang rejim Umno Barisan
Nasional di Kuantan pada hari yang sama.

Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang Md Noor Ahmad dan Afnan Hamimi
Taib Azzamuddin (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri) sepatutnya cakna
dengan gerakan rakyat seumpama ini supaya PAS senantiasa di depan
dalam gerakan rakyat di Pulau Pinang.

Jangan asyik menuduh orang lain sebagai "parasit" sehingga
mengabaikan amanah jamaah kepada peribadi masing-masing.

"Agama itu adalah nasihat".

Salam ukhwah.

--
Sent from my mobile device

2 comments:

  1. PAS Pulau Pinang (terutamanya sayap Pemuda) sibuk maki DAP dan PKR dari belakang. Dari depan muka pijak semut tak mati. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya harap saudara dapat perkenalkan diri di sini. Boleh jelaskan, siapakah pihak yang berkenaan itu? Salam ukhwah.

      Delete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus