26 July 2012

Apakah kelayakan Afnan Hamimi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama sungguhpun lawan Exco Kerajaan Negeri P.Pinang?



Afnan Hamimi
SETiAUSAHA Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddin disebut-sebut sebagai salah seorang yang dilantik sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) esok.

Justeru, tidak salah sekiranya Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap Timbalan Yang Dipertua MAINPP, Datuk Mohd. Salleh Man  serta pihak berwajib lain menjelaskan kelayakan beliau dilantik kejawatan penting itu.

Afnan sebelum ini seringkali senada dengan pembangkang Pulau Pinang dan Mohd. Hafiz Nordin (bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang) menyerang kepentingan negeri.

Salah satu contoh yang jelas adalah Afnan secara semberono mendesak Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua MAINPP sungguhpun diketahui umum bahawa Kerajaan Negeri melalui Datuk Mansor Haji Othman (Timbalan Ketua Menteri I) sedang berusaha mendapatkan perkenan mengadap DYMM YDAgong di Istana bagi mengemukakan nama YDP MAINPP yang baru dari kalangan tokoh PAS sebelum ini.

"Dewan Pemuda Pas negeri sudah mengemukakan pandangan terbaik dan menyatakan bahawa mereka tidak setuju Abdul Malik memegang jawatan YDP  MAINPP dan mahu melepaskannya, saya akur dengan tuntutan itu serta  menghormatinya," kata Afnan dipetik dari Sinar Harian online 23 April lepas.

Seolah-olah tidak ada calon lain untuk ke jawatan itu. Cari lah calon yang lebih berwibawa, iaitu memilik keupayaan berfikir secara konstruktif, 'fakeh siyasi' serta dinamik yang menguntungkan kepentingan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bagi saya, Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd. Amin atau Ustaz Mutalib Maarof (Tuan Guru Madrasah Yayasan An-Nahdhoh) lebih layak untuk mengisi jawatan penting dalam MAINPP memandangkan mereka fakih dalam pentadbiran serta sederhana dalam 'fakeh siyasi'.

Dalam perkembangan yang sama, saya menyimpan kebimbangan bahawa unsur pecah amanah duit tabung Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) yang dikaitkan dengan Afnan beberapa tahun lepas berulang dalam majlis MAINPP pula.

Tidak pernah akaun amanah SRIBU itu disemak dan diaudit secara profesional. Bahkan, laporan kewangan SRIBU tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang selepas pengkhabaran itu.

Saya mohon audit dalaman dilakukan dan Afnan mungkin boleh membantu perkara ini sebelum mara ke kerusi Ahli Majlis MAINPP.

Sekali lagi, dalam kerangka demokrasi negeri Pulau Pinang ini, saya menuntut penjelasan Mohd. Salleh serta pihak berwajib yang lain supaya mengemukakan perkara yang melayakkan Afnan mengisi jawatan Ahli Majlis dalam MAINPP.

Saya mohon berbeza pendapat.


Artikel berkaitan:
Taib Azamuden tak jadi Ahli Parlimen Baling, Afnan Hamimi?
Mengapa grup Dr Hasan UG tuduh saya 'parasit'?
Pemuda, Hafiz Nordin 'pertemuan biasa' - Yusni

1 comment:

  1. Apakah pula kelayakan Malik sebagai Exco Agama. Memang tak layak jd exco agama pakai hentam koromo Salam dgn semua pompuan mcm umno juga.
    Apakah dah tiada modal utk menyerang pemuda pas dengan berlapikkan demean kesumat bila nama beliau bongkarkan identity penulis yg dulunya ahli pas Dan setelah mendapat tempat Dan jwtan Di Komtar telah lompat ke PKR...Tanpa ADA fikhrah dlm perjuangan Islam maka kerana materials telah punah setia pd parti Islam.

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus