Mansor menunjuk surat perkenanan Agong melantik Mohd. Salleh (kanan) dan Ahli-ahli Majlis MAINPP yang lain sambil diperhati Abdul Malik (kiri). |
Mohd Salleh |
Yang nyata, langkah Afnan ini seakan mempercepat lorongan Mohd. Salleh ke kerusi Yang Dipertua MAINPP sungguhpun dilihat menghakis semangat setiakawan PAS bersama DAP dan PKR atas wadah Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
"Tak ada apa-apa komen, pelantikannya (Afnan) telahpun diterima," dalih Mohd. Saleh pagi tadi semasa ditanya wartawan di Komtar, George Town.
Sebelum pada itu, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman mengumumkan senarai Ahli Majlis MAINPP sesi 2012/2013 seperti yang diperkenan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong.
DARI KIRI: Sazali, Malik, Mansor, Mohd Salleh & Maktar. |
Mansor pamer Surat Agong. |
Perlantikan Afnan yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang ke kerusi Ahli Majlis MAINPP menjadi perhatian kerana beliau pada 23 April lepas mendesak Abdul Malik melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua MAINPP sungguhpun diketahui umum bahawa Kerajaan Negeri melalui Mansor serta Mohd. Salleh sedang berusaha mendapatkan perkenan mengadap DYMM YD Agong di Istana bagi mengemukakan nama YDP MAINPP yang baru dari kalangan tokoh PAS sebelum ini.
"Dewan Pemuda Pas negeri sudah mengemukakan pandangan terbaik dan menyatakan bahawa mereka tidak setuju Abdul Malik memegang jawatan YDP MAINPP dan mahu melepaskannya, saya akur dengan tuntutan itu serta menghormatinya," kata Afnan dipetik dari Sinar Harian online 23 April lepas.
ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua bagi membantu Mohd. Salleh.
Afnan Hamimi |
Mansor berkata, Kerajaan Negeri masih menunggu nama seorang lagi ex-officio bagi menggantikan bekas Ketua Polis Negeri, Datuk Wira Ayob Yaacob yang berpindah tugas ke Bukit Aman baru-baru ini.
Tujuh dari lapan Ahli Majlis lain adalah Abdul Azizi @ Aziz Che Yaacob, Rosidi Hussain, Zainuddin Haniff, Dr. Wan Salim Mohd. Noor, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Noor Hayati Jaafar dan Dr. Danial Zainal Abidin.
Seorang lagi Ahli Majlis akan diumumkan kemudian bagi mengisi kekosongan bekas Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Yusof Musa yang berpindah tugas ke Kuala Lumpur. -END
Artikel berkaitan:
Apakah kelayakan Afnan Hamimi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama sungguhpun lawan Exco Kerajaan Negeri P.Pinang?
No comments:
Post a Comment