Skip to main content

Guan Eng: AWLU dibina di Pondok Upeh, Kg.Genting batal

ASiAN Women Leadership University (AWLU) akan kekal dibina di Pulau Pinang sungguhpun tidak membabitkan 100 ekar tanah Kampung Genting, Balik Pulau demi memelihara kepentingan hartanah rakyat di kawasan berkenaan.

Guan Eng tunjuk surat Idris Jala
Pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mencadangkan satu tanah lain di Pondok Upeh, Balik Pulau sebagai tapak alternatif untuk dibina AWLU.

"Selepas Kerajaan Negeri berjaya memujuk AWLU untuk memilih kawasan lain, proses pemerolehan tanah telah dibatalkan," ujar Guan Eng di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Klik gambar untuk pembesaran
Penjelasan Guan Eng itu sekaligus menolak dalih pemimpin Umno negeri kononnya tanah kampung berkenaan 'selamat' disebabkan perjuangan penduduk setempat semata-mata seperti dilaporkan akhbar The Star pada 26 Julai lepas.

Laporan itu antara lain menyebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Bahang merangkap Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, "wira bagi kampung tersebut adalah mereka sendiri".

Namun, menurut Guan Eng, Hilmi memberi gambaran sedemikian kerana pembangkang Pulau Pinang tidak mampu lagi mempertahan hasrat Kerajaan Pusat yang diteraju Barisan Nasional untuk mendirikan AWLU di Kampung Genting sebelum ini.

Malah katanya, Hilmi juga terperangkap dalam politik rasis yang cuba disemarakkan Umno Pulau Pinang apabila mendapati 100 ekar tanah Kampung Genting itu hakikatnya  membabitkan 59 Cina dan 39 Melayu.

"Ini bukan sahaja telah melumpuhkan serangan rasis Umno, tetapi juga telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri hanya memperoleh tanah untuk tujuan awam," kata beliau.

Bukti 40 pemilik tanah jumpa Guan Eng
Terdahulu, lebih 40 pemilik tanah dari pelbagai bangsa dilaporkan mengambil keputusan untuk mengadakan perbincangan tertutup dengan Guan Eng di Komtar, George Town pada 5 Julai lepas gara-gara bimbang dengan hasart pusat membina AWLU di kampung mereka.

Hasil perbincangan itu, Guan Eng menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri sekadar memudah cara hasrat Kerajaan Pusat mengambil alih tanah tersebut sebagaimana peruntukan Akta Pengambilan Balik Tanah, 1960.

Sejurus itu, ADUN Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad bersama-sama sekumpulan pemuda Umno melancarkan demontrasi di Balik Pulau sambil menuduh pentadbiran Guan Eng cuba merampas tanah Melayu.

Klik gambar untuk pembesaran
Dalam reaksi spontan, Guan Eng mengemukakan surat hitam putih bertarikh 12 Jun lepas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Seri Idris Jala yang menyebut mengenai hasrat kerajaan pusat untuk membina AWLU di Kampung Genting sehingga membuntukan pembangkang Pulau Pinang.

Kontroversi itu berlaku sebelum Maison Height yang dikuasai oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar dan Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang) didedah terlibat dalam penjualan tanah milik Melayu lain di Kampung Genting, Balik Pulau yang mengaut keuntungan kira-kira RM5 juta. -END

INGAT! Umno parti lanun!

'United Myanmar Nepal Organization'


Artikel berkaitan:
Hasrat pusat bina Universiti lahir bimbang warga Balik Pulau
Bukti bina Universiti di Balik Pulau hasrat kerajaan BN pusat
Guan Eng alu-alukan saman dua pemimpin Umno P.Pinang
Musa, Umno P.Pinang kelupoq selepas dilihat khianat Melayu?