Bukti projek bina Universiti di Balik Pulau adalah hasrat Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat | Klik digambar itu membesarkan imej.SURAT hitam putih kerajaan pusat untuk membina Asian Women Leadership Universiti (AWLU) di Pulau Pinang yang membabitkan Kampung Genting, Balik Pulau didedah kepada umum.
Guan Eng |
Penjelasan itu sebagai reaksi pada inisiatif sekumpulan pemuda Umno yang melancarkan demontrasi di Balik Pulau semalam kononnya membantah keputusan Kerajaan Negeri merampas tanah tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad (Umno) dilaporkan turut serta dalam demontrasi itu.
"Mengapa wakil rakyat Barisan Nasional (Muhamad Farid) menentang keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat (Barisan Nasional)," ujarnya di Komtar, George Town.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Datuk Abdul Halim Hussain (Speaker DUN Pulau Pinang) turut hadir pada sidang media itu.
Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan turut menolak dakwaan Farid kononnya rancangan membina AWLU itu tidak pernah diluluskan oleh kerajaan pusat, termasuk Kementerian Pengajian Tinggi.
"Pada saya, AWLU adalah sebuah Universiti. Saya berpandukan pada surat (daripada) Idris Jala (bertarikh) pada 12 Jun 2012.
"Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) tidak pernah (merampas) tanah rakyat untuk projek swasta, tapi ambil tanah untuk tujuan awam (seperti) bina longkang, jalan, hospital, termasuk universiti (AWLU).
"Sungguhpun (AWLU) ini datang daripada kerajaan pusat, kita akan sokong dan ketepikan kepentingan politik.
"Janganlah politikkan isu ini. Saya rasa projek berkepentingan awam lebih penting daripada kepentingan politik (kepartian)," ujarnya.
Selasa lepas, lebih 40 pemilik tanah berkenaan mengambil keputusan bertemu Guan Eng kerana Hasrat pusat bina Universiti lahir bimbang warga Balik Pulau.
Guan Eng menjelaskan kepada mereka, Kerajaan Negeri diminta oleh kerajaan pusat bagi memudah cara penubuhan universiti itu berdasarkan Akta Pengambilan Balik Tanah, 1960.
Pengambilan tanah seluas kira-kira 100 ekar berkenaan melibatkan 10 rumah kampung serta dusun-dusun. Sebanyak 39 ekar tanah dimilik Melayu manakala 59 ekar tanah lagi dimiliki oleh Cina.-END
No comments:
Post a Comment