26 July 2012

'Umno P.Pinang dinasihat jelaskan tarikh sebenar tanah Melayu Kg.Terang selesai dijual'

Bukti dokumen dedah wajah sebanar Omar & Musa. Klik gambar.
MAiSON Height Sdn. Bhd. dinasihat menjelaskan tarikh sebenar syarikat hartanah itu mendapat hak milik 9.362 ekar tanah Kampung Terang, Balik Pulau serta tarikh sebenar tanah pindah milik kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dilakukan.

Abdul Halim
Nasihat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain itu ditujukan dua pemimpin utama Umno Pulau Pinang yang juga peneraju syarikat hartanah tersebut.

Mereka, Pengarah Urusan syarikat berkenaan merangkap Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar dan Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pengerusi syarikat berkenaan merangkap Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang).

"Pemilik tanah (asal) dibayar 10 peratus pada 4 Oktober 2010 sahaja tetapi nama pemilik baru baru (Maison Height) didaftar pada 31 Januari (2010) apabila bayaran penuh kepada 31 Melayu selesai. Sesiapapun akan melakukan pindah milik apabila bayaran penuh diterima

"16 Mei (2012),9.362 ekar tanah milik Melayu itu dijual pula oleh Maison Height kepada  Kay Pride dengan anggaran keuntungan kira-kira RM5 juta. Kita tak bangkit pun isu proses jual beli itu bermula pada 4 Oktober 2010 tetapi bila proses itu selesai dan bila pindah milik kepada pihak ketiga selesai," ujar Abdul Halim di Pejabat Penyelaras Kawasan DUN (KADUN) Balik Pulau, Balik Pulau semalam.

Omar
Sehubungan itu, Omar dan Musa dinasihatkan supaya berhenti dari berdalih kononnya keuntungan hasil pindah milik tanah 31 Melayu sebanyak RM5 juta itu bukan dilakukan dalam masa kira-kira 4 bulan.

"Kita membangkitkan isu ini kerana kedua-dua mereka ini bukan orang biasa. Mereka ini tokoh politik dan pada masa yang sama pemaju yang selalu membangkitkan isu Bumiputera seperti Melayu teringgir (dan) tanah Melayu kononnya dirampas oleh Kerajaan Negeri (Pulau Pinang)," ujar beliau.

Terdahulu, Omar dan Musa menuduh Abdul Halim mengfitnah mereka berdua selepas rahsia jual beli tanah 31 Melayu dari Kampung Terang itu didedah kepada media.

Musa
Difahamkan, proses pindah milik tanah tersebut oleh 31 Melayu kepada Maison Height selesai pada 31 Januari lepas menelan kos RM8.5 juta.

Empat bulan kemudian, iaitu pada 16 Mei lepas, tanah tersebut dijual kepada Kay Pride dengan harga hampir RM13.5 juta dan mendapat untung kira-kira RM5 juta.

Selepas didedah proses pindah milik yang dikatakan kontroversi ini, Abdul Halim didesak melepaskan jawatan sebagai Speaker DUN Pulau Pinang serta meninggalkan arena politik.

Perkembangan terbaru ini sekaligus seakan menyerlahkan wajah sebenar pemimpin Umno Pulau Pinang sungguhpun pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng acapkali digambarkan cuba meminggirkan Melayu di negeri berkenaan.-END

Klik gambar untuk pembesaran.
Artikel berkaitan:
Dua Umno P.Pinang kaut untung RM5j hasil jual tanah Melayu Balik Pulau? 

INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus