27 July 2012

Guan Eng alu-alukan saman dua pemimpin Umno P.Pinang

Guan Eng
KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, beliau sedia disaman gara-gara mengulas mengenai pembabitan dua pemimpin Umno negeri dalam penjualan tanah di Balik Pulau yang mengaut keuntungan kira-kira RM5 juta.

"Jika mereka mahu menyaman kita (kerajaan negeri), mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian. Kita tidak takut kerana kita mempunyai fakta dan maklumat mengenai dakwaan kita," kata Guan Eng di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kontroversi ini timbul apabila Pengarah Urusan Maison Height merangkap Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar dan Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pengerusi syarikat berkenaan merangkap Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang) didedah menjual tanah itu selepas membeli daripada 31 pemilik tanah berwajib di Kampung Terang, Balik Pulau.

Difahamkan, Maison Height ditubuhkan pada 6 Mac 2009 untuk tujuan pembinaan, tanah, pelaburan dan pemajuan hartanah serta perdagangan am. 

Maison Height didedah mempunyai modal berbayar RM1 juta dengan Musa mempunyai RM500,000 saham dan Omar memiliki RM449,999 saham. RM1 saham berbaki dimiliki oleh adik Omar bernama Omar Harun.

Pada 31 Januari lepas, Maison Height didedah berjaya mendapat pindah milik tanah seluas 9.362 ekar berkenaan daripada 31 Melayu dengan harga RM8.6 juta atau RM21 sekaki persegi.

Maison pada 6 Mac lepas, didedah menjual kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dengan harga RM33 sekaki persegi.

"Maison Height atau Datuk Musa dan Datuk Omar telah mengaut keuntungan hampir RM5 juta daripada transaksi tanah dalam (kira-kira) masa tiga setengah bulan.

"Adakah ini cara Umno mempertahan hak Melayu dengan mengaut keuntungan yang sepatutnya dimiliki orang Melayu biasa," tanya Guan Eng.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan meminta kedua-dua pemimpin Umno berkenaan menjelaskan kaedah keuntungan RM5 juta itu boleh membawa manfaat kepada 31 pemilik tanah Melayu berwajib.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut mempersoal keikhlasan pemimpin pembangkang Pulau Pinang mengenai hasrat Kerajaan Pusat membina Asian Women Leadership University (AWLU) di atas 100 ekar tanah Kampung Genting, Balik Pulau yang turut menerima kerjasama daripada Kerajaan Negeri.

Perkembangan terbaru ini sekaligus seakan menyerlahkan wajah sebenar pemimpin Umno Pulau Pinang sungguhpun pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng acapkali digambarkan cuba meminggirkan Melayu di negeri berkenaan.-END


INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus