25 November 2013

Bicara kes usir penduduk Kg.Pmtg.Tok Subuh sambung 29 Nov.

PENDAFTAR Mahkamah Majistrit, Tuan Faiz Dziyauddin pagi tadi menangguh perbicaraan kes saman tuan tanah Distinct Class ke atas tujuh penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh ke Jumaat ini.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Pematang Tok Subuh, Hamidah Che Embi (gambar) berkata, ketetapan itu dibuat selepas pihak pembelaan memohon ketujuh-tujuh defenden disekalikan sebagai satu kes.

"Tangguh ke 29 November ini sebab peguambela Ho Leng Hong memohon digabungkan semua ketujuh-tujuh pihak yang disaman oleh tuan tanah (menjadi satu pihak)," ujar Hamidah menerusi telefon, petang tadi.

Dalam perbicaraan lepas, Leng Hong yang juga Ahli Majlis bagi Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP) berjaya menangguhkan hasrat pihak pendakwaan membuat penghakiman ingkar sehinggalah pihak pembelaan menfailkan notis permohonan untuk menggabungkan kesemua saman yang dihadapi oleh difenden.

Dalam perkembangan sama, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri melalui MPSP tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan perancangan pembangunan di Kampung Permatang Tok Subuh sekiranya rancangan pemajuan berwajib nyata merugikan kepentingan penduduk asal di situ.


LiNK BERKAITAN:

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus