HAMIDAH Che Embi (depan, paling kiri) dan Pak Jab Samat (berkopiah putih) bersama-sama penduduk Melayu Kampung Permatang Tok Subuh dekat Machang Bubok dalam interaksi dua hala. |
HAMIDAH Che Embi |
"Pertemuan baru-baru, saya ada menjelaskan tentang apakah (inti) berbincangan dengan Miss Song (peguam yang mewakili tuan tanah) dan beberapa wakil kerajaan.
"Selepas berbincang dengan penduduk kampung ini, kita telah bersetuju untuk berkongsi beberapa tuntutan secara bersama ini dengan Kerajaan Negeri serta pihak berwajib yang lain," ujar Hamidah ditemani suami, Mohd. Solehim Sably, 49, di Machang Bubuk.
PAK Jap Samat (berkopiah) bersama dua aktivis lain. |
Beliau berkata, dari 52 Melayu yang diminta keluar dari kampung itu, tinggal 35 keluarga sahaja tidak tunduk pada desakan pihak berkepentingan.
"Memang sudah ada yang tanda tangan surat tawaran yang dikemukakan oleh mereka, sudah ada yang roboh rumah sendiri kerana itu kononnya menjadi salah satu syarat untuk dapat baki duit pampasan," ujar beliau.
Terdahulu, Setiausaha PKR Cabang Bukit Mertajam, Mohd. Ikhwan Nasser Mohamad Isa mendedahkan, 52 Melayu Kampung Permatang Tok Subuh menunggu masa diusir keluar dari kampung mereka.
Beliau mendesak pihak berwajib supaya menyiasat status pemilikan tanah yang kononnya dimiliki oleh 'syarikat RM2' Distinct Class Sdn. Bhd. terlebih dahulu sebelum mengusir 52 Melayu berkenaan.
Malah, beliau mendedahkan, Resit cukai pintu bukti Kg. Pmtg. Tok Subuh bukan haram.
Berikut adalah antara tuntutan-tuntutan yang dipersetujui oleh badan bertindak:
- Tuntut rumah ganti rumah di kawasan pemajuan yang sama atau pampasan secara langsam tunai sekurang-kurangnya RM72,500 untuk setiap rumah dengan persetujuan penduduk berwajib.
- Tuan tanah atau pemaju atau pihak berwajib dituntut menyediakan rumah transit atau kos sewaan RM800 sebulan bagi setiap keluarga sepanjang tempoh pemajuan di atas tanah Kampung Permatang Tok Subuh dilakukan.
- Kos perpindahan keluar masuk penduduk kampung tersebut ditanggung oleh pemaju dengan setiap rumah diberi peruntukan tunai RM2,500.
- Tempoh pemajuan mesti dinyatakan secara jelas dan dipersetujui oleh penduduk asal Kampung Tok Subuh serta penalti dikenakan ke atas pemaju atas kesusahan penduduk berkenaan sekiranya melepasi tempoh pemajuan tersebut.
- Dua atau lebih kelamin dalam satu rumah ditawar dengan bilangan rumah yang sama kepada penduduk Kampung Permatang Tok Subuh yang benar-benar layak atas budi bicara pemaju.
No comments:
Post a Comment