LEE Khai Loon |
09 December 2013
Isu usir penduduk Pmtg. Tok Subuh ke DUN P.Pinang
Senaraihitamkan penyewa rumah kepada buruh asing - Soon Hin
YEOH Soon Hin |
LAU Keng Ee |
Exco Alam Sekitar perjelas isu pencemaran di Selat
Jahara 'nenek rasis', kata Guan Eng
MOHD. Salleh Man (kiri) berkongsi harapan bersama Lim Guan Eng mengenai masa depan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, di Dewan Jamuan DUN, George Town pada petang tadi.
|
Perincikan Bajet 2014 untuk luar bandar :Chin Wen
ONG Chin Wen |
Itu, katanya, tidak termasuk projek jalan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) khusus di Seberang Perai, iaitu sebanyak RM84.87 juta diperuntukkan dalam Bajet 2014 berbanding RM41.6 juta bajet serupa pada bagi tahun 2013.
Sebanyak RM9.1 juta untuk projek tebatan banjir pada tahun depan, termasuk RM3.4 juta adalah di kawasan Bukit Mertajam .
"Adakah peruntukan untuk tujuan tebatan banjir itu meliputi beberapa kawasan banjir dalam kawasan DUN Machang Bubuk dan berapakah peruntuhkan infrastruktur fizikal bagi Machang Bubuk," ujar Khai Loon lagi.
Bajet 2014 PP mendekati 'Rahmat Seluruh Alam' PAS - Mohd.Salleh
MOHD. Salleh Man (kanan) bersama-sama Zolkifly Md. Lazim di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi. |
Pembangkang tak respons Pusat lulus tiga dari 119 TP1M sahaja di P.Pinang
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo pagi tadi menasihatkan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid supaya jujur dalam memberi gambaran terhadap Kerajaan Negeri.
Jahara, wakil rakyat Umno dinasihat demikian kerana menggambarkan Kerajaan Negeri tidak menghargai peruntukan Kerajaan Pusat di Pulau Pinang.
"Tahukah Ketua Pembangkang (Jahara) bahawa hanya tiga projek sahaja dibina (dijalankan) daripada 119 permohonan TP1M (Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia) dibuat.
"Kenapa tiada kerjasama daripada (Kerajaan Umno Barisan Nasional) Pusat, walaupun Pulau Pinang bersedia mencukupkan 10 peratus daripada kos TP1M, di bawah HAPPY! (Projek Bantuan Perumahan Pulau Pinang, Yes!)," ujar Jagdeep.
Jagdeep, wakil rakyat DAP berkata demikian semasa mencelah ucapan perbahasan Jahara, namun tiada respons khusus mengenai perkara yang dibangkitkan itu.
Berita lanjut menyusul kemudian.
Jahara berang Rayer sentuh 'jasa' Rosmah
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid tiba-tiba berang apabila ADUN Seri Delima, R.SN. Rayer membangkitkan isu Najib puji Rosmah atas 'jasanya' yang dibangkitkan dalam sidang dewan, pagi tadi.
"Dia (Rosmah) pergi (ke luar negara) atas tugas-tugas rasmi. Jangan buat tuduhan melulu untuk publisiti," dalih Jahara semasa mencelah sesi perbahasan Rayer.
Dalam celahan balas, Rayer menasihatkan Jahara tidak perlu emosi dengan perkara yang dibangkitkannya itu, walaupun tidak bersetuju.
Jahara dalam reaksi balas berkata, beliau meminta Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang supaya memberi laluan kepada semua wakil rakyat pembangkang selama 60 minit sebagaimana yang dinikmati oleh pembahas sulung, Rayer.
"Saya juga nak minta semua kami, 10 orang (ADUN Umno) ini turut diberi satu jam," dalih Jahara, berang.
Berita lanjut, menyusul kemudian.
Bila Umno mahu bina semula robohan kuil di Perai, tanya Rayer
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid didesak untuk menjelaskan janji mereka untuk membina semula kuil di Perai
ADUN Seri Delima, R.S.N. Rayer membangkitkan hal itu sebagai merujuk pada janji rasmi Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (bekas ADUN Teluk Bahang yang kini Timbalan Menteri Kesihatan) dalam sidang DUN pertengahan tahun lepas.
Hilmi, Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang didedah merobohkan kuil Hindu di Perai tanpa notis sah, sebelum ini.
"Sampai sekarang, kuil itu tidak dibina lagi. Aku janji telah dibuat oleh bekas ADUN Teluk Bahang pada sesi sidang DUN tahun lepas," ujar Rayer, wakil rakyat DAP pada sesi perbahasan Bajet 2014, pagi tadi.
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid dalam reaksi spontan melahirkan rasa berang dengan Rayer kerana membangkitkan isu yang tiada kaitan dengan Bajet 2014.
Jahara, wakil rakyat Umno meminta Rayer tidak lagi membangkitkan isu yang membabitkan bukan ahli mesyuarat dewan sekarang.
DUN P.Pinang: Rayer dakwa Umno "tiada akal dan bodoh"
"Hanya orang yang tiada akal dan bodoh sahaja akan bercakap orang Cina dan India di Pulau Pinang tikam Umno."
ADUN Seri Delima, R.S.N. Rayer menggandakan desakan kepada semua ADUN Umno supaya memohon maaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Desakan itu gara-gara ucapan rasis Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri parti perkauman berkenaan, Datuk Musa Sheikh Fadzir di Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru itu.
Lantas itu, ADUN Pulau Betong, Sr. Muhammad Farid Saad menuntut Rayer menarik balik kenyataan "Umno tiada akal dan bodoh" hingga mengundang pertikaman lidah antara kedua-dua wakil rakyat berkenaan.
Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang kemudiannya menasihatkan semua ahli mesyuarat supaya memberi tumpuan pada perkara berkaitan Bajet 2014.
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid muncul di dewan, lalu mencelah sesi perbahasan lanjut.
Berita lanjut, menyusul kemudian.
Isu "Cina, India P.Pinang tikam Umno" panas di DUN
Adun Seri Delima, R.S.N. Rayer hari ini melahirkan rasa tuntutTimbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mencadangkan penggunaan '1Melayu' supaya menonton maaf kepada seluruh rakyat majmuk di negeri ini.
Musa dalam sidang Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini dilaporkan menyebut orang Cina dan India di Pulau Pinang "menikam Umno dari belakang" pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas, hingga mengundang tuntutan permohonan maaf sama daripada MCA serta Gerakan.
"Saya aman berduka cita dengan kenyataan yang berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh Musa," ujar beliau dalam sesi perbahasan Bajet 2014 di DUN Pulau Pinang, George Town.
Rayer, wakil rakyat DAP itu turut menolak satu kenyataan perwakilan Umno yang menyamakan perjuangan anti kulit hitam oleh mendiang Nelson Mandela dengan perjuangan perkauman yang dibawa oleh Umno di negara ini.
"Lebih-lebih lagi ada pemimpin Umno daripada Pulau Pinang (Musa) yang mencadangkan 1Malaysia ditukar pada '1Melayu'," tegas Rayer.
Sebelum itu, Rayer mengkritik kewibawaan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid (ADUN Teluk Air Tawar) kerana tidak hadir semasa sidang dewan mula berlangsung.
Exco Agama hasrat tubuh Lajnah Saudara Baru di masjid
Proses pelantikan Ahli Jawatankuasa Masjid Titi Papan dekat Georgetown baru-baru ini dipengerusikan sendiri oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung berkata, pihaknya bercadang mewujudkan Pengerusi Lajnah Saudara Baru dalam semua jawatankuasa kariah masjid demi menyuburkan gerakan dakwah Islamiah di negeri berkenaan.
Jurucakap NGO dakwah non-muslim yang dikenali sebagai 'I.K.U.T.' atau Infak Kebajikan Ummah Takaful, Nur Azley Stanley turut hadir pada majlis musyawarah tersebut.
Perkembangan terbaru itu sekaligus membayangkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabatkan Islam di Pulau Pinang sebagaimana dijamin dalam 3 Perlembagaan Persekutuan.
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...