29 November 2013

Bajet 2014 mungkin tiada surplas, tetapi berimbang – Guan Eng

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng petang tadi membentangkan Bajet 2014 Pulau Pinang, iaitu pelan belanjawan tahunan negeri yang memberi penekanan pada pertadbiran berasaskan hasil (outcome-based administration) demi kepentingan rakyat.

Bertemakan 'Negeri Bertaraf Antarabangsa dan Pintar', Guan Eng menggariskan tiga teras utama pembangunan negeri, iaitu merancakkan pertumbuhan negeri (pro-growth), mewujudkan peluang-peluang pekerjaan (pro-jobs) dan menjamin keadilan sosio-ekonomi (pro-poor).

"Hal ini bukan sekadar memenuhi prinsip value for moneydan penggunaan sumber secara optimal, tetapi, juga memastikan setiap projek yang dirancang mampu memberikan impak maksima kepada rakyat.

"Pencarian sumber-sumber baru dan kreatif serta memaksimakan penggunaan sumber sedia ada menjadi fokus utama bagi mengurangkan perbelanjaan, di samping, dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan," ujar Guan Eng di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di George Town.

Bajet 2014 yang dicadangkan berjumlah RM962,190,699, iaitu RM843,195,379 untuk bajet pengurusan dan RM238,995,320 (bajet pembangunan).

Belanjawan kali ini mensasarkan RM587,753,720 kutipan hasil, iaitu pengurangan 17.05 peratus (RM120,769,940) berbanding anggaran hasil tahunan 2013 yang berjumlah RM708.52 juta.

Anggaran hasil itu terdiri daripada hasil cukai RM134.21 juta atau 22.83 peratus, hasil bukan cukai (RM367.50 juta atau RM62.53 peratus) dan terimaan bukan hasil (RM86.04 juta atau 14.64 peratus).

"Perbezaan pengurangan hasil sebanyak RM120.77 juta yang dijangkakan pada tahun 2014 berbanding anggaran hasil tahun 2013 adalah kerana sumber hasil yang diperolehi daripada bayaran premium tanah bagi pemberian hak milik dan tukar syarat tanah tidak dapat dipastikan dan banyak bergantung kepada permintaan pasaran (market forces),"ujar beliau.

Ekoran itu, beliau berkata Bajet 2014 dijangka mengalami defesit 255.44 juta, iaitu kurang RM6.60 juta, berbanding anggaran defesit bagi tahun 2013 yang berjumlah RM262.04 juta.

Pun begitu, katanya lagi, anggaran defesit yang dijangka dalam Bajet 2014 dapat dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki sebanyak RM825.28 juta pada akhir tahun 2012, sebagaimana disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara lepas.

"Bajet 2014 mungkin tiada surplas (lebihan kewangan), tetapi berimbang," ujar Guan Eng.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus