Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

22 August 2018

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?


SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk (bad debt) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. 


BAWAH pemerintahan neoliberal Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang semacam mengamalkan dasar ekonomi ikat perut (Austerity Policy).


Mesej di Facebook.Bekas Perdana Menteri Ke-4 Malaysia dan kini Perdana Menteri Ke-7 negara kini gigih memotong peruntukan (cut spending) kementerian itu dan kementerian ini, dan terbaru membatalkan Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) membabitkan projek bilateral dengan China.


Dalih Dr Mahathir antaranya hutang kerajaan mencecah lebih RM1 trilion, negara akan bankrap jika masalah belanja fiskal ini tidak diurus secara jimat dan hemat.




Walhal, 97.7% hutang negara adalah dalam dedominasi mata wang Ringgit Malaysia,


Negara tidak akan bankrap selagi hutang sebenar (absolute debt) adalah dalam mata wang negara (RM) itu, sungguhpun angkanya mencecah RM3 trilion kelak.


Mahkamah Tinggi negeri mana, yang begitu naif, untuk mengisytiharkan Kerajaan Malaysia bankrap atas obligasi perundangan seperti hutang kerajaan melebihi 55% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)?


Hutang negara pernah cecah 103% berbanding GDP 1986 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Ke-4 dulu, tapi Malaysia tidak bankrap.


Ini kerana, secara ekonomi, Ringgit Malaysia adalah money as a social contract yang diwujudkan hasil daripada product of law.


Kalau Kerajaan Pusat mahu menghapuskan segala hutang negara dalam dedominasi RM pun boleh, memadai Tresuary menerbitkan “duit khas” iaitu Commemorative Coins (selanjutnya baca dalam pautan di atas).



JANGAN berdakyah pula kononnya TresuaryBNM tak pernah mencetak Commemorative Currency


Bagaimana Agama Wujud? 


Kita tinggalkan dahulu wacana politik hutang negara di atas secara ekonomi.


Mari kita pergi pada perbincangan yang lebih menarik, iaitu bagaimana agama dunia wujud.


Secara antropologi, sebenarnya agama tidak boleh wujud secara sendiri.


Sebaliknya, agama wujud disebabkan ada kontrak sosial di kalangan komuniti manusia.


Kalau saya seorang sahaja menjana kepercayaan, seperti menyembah kemaluan sendiri, ia tidak akan menjadi agama, kecuali lah ada suatu sosial kontrak melibatkan saya serta suatu komuniti untuk menyembah kemaluan sebagai Tuhan (ataupun Bayangan Tuhan)


Perumpamaan di atas ini adalah contoh semata-mata, untuk menunjukkan hubungan antara agama dan kontrak sosial manusia.



SKROL upacara ritual agama komuniti Sumeria menyembah binatang, dikaitkan dengan aktiviti pertanian & ada hipotesis lain mengenakan peta bulan bintang, berusia 4,500 tahun atau lebih, kini tersimpan di Muzium Louvre dekat Paris. | Sumber: MesopotamiaGod.com


Hutang, apa kaitannya dengan agama?


Seperti agama-agama purba, hutang juga wujud kerana adanya kontrak sosial di kalangan manusia beragama.


Lebih menarik, hutang ini wujud dan berkembang adalah disebabkan dorongan beragama.


Menurut antropologis, dalam agama-agama purba, upacara ritual dilangsungkan sebagai simbol pengorbanan penganut beragama. 


Upacara ritual juga dilangsungkan sebagai simbol hukuman apabila seseorang penganut beragama melanggar satu-satu pantang larang (taboo).


Contohnya, seseorang penganut beragama diwajibkan memberi sejumlah hasil tanaman biji-bijirin pada waktu  di luar musim menuai hasil pertanian, ketika itu lah wujudnya hutang.


Ada kalanya hutang hasil pertanian penganut beragama tadi berpindah tangan kepada tukang bina yang diminta oleh agamawan untuk membina rumah ibadat ataupun pusat pentadbrian. 


Sistem hutang yang wujud kerana adanya kontrak sosial ini, wujud lebih awal berbanding sistem mata wang.


Sistem rekod hutang tertua dunia ini dikenali sebagai Tally Stick



TALLY Stick, sistem rekod hutang tertua dunia, wujud lebih awal berbanding sistem duit. | Sumber: Addiator






TAMADUN PURBA HAPUS HUTANG LAPUK?


Lebih menarik, hutang lapuk (semacam bad debt) turut pernah dihapuskan dalam Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir Purba sejak antara tahun 3,000 hingga 1,000 tahun Masihi lagi.


Setiap tujuh tahun, kewajipan membayar hutang dibatalkan oleh pemerintah “sebagai pengampunan daripada Tuhan”.


Ketika “Jubilee Emas” iaitu 50 tahun sekali juga, kewajipan membayar hutang dihapus kira. 



KOD Hammurabi wujud sejak kira-kira 1,700 sebelum Tahun Masihi, berupa batu bersurat yang menjelaskan mengenai hutang-hutang yang dibatalkan sebagai “pengampuan daripada Tuhan” atau Raja. 


BATU bersurat “Rosetta” dipercayai wujud dalam Tamadun Mesir Purba juga turut menjelaskan mengenai pembatalan hutang sebagai “pengampunan daripada Tuhan” atas sebab hasil pertanian tak menjadi atau ditimpa bencana alam. 


ULASAN EKONOMIS 


Micheal Hudson merupakan ekonomis, professor di Universiti Missouri, serta antara penasihat Kerajaan Amerika Syarikat, Kanada, Maxico, Latvia serta Institut Latihan & Penyelidikkan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).




Memetik sumber Washington Blog, Michael Hudson adalah bekas ekonomis Wall Street di Chase Manhattan Bank, juga membantu penubuhan sovereign debt fund pertama dunia di Amerika Syarikat.


Menurut Hudson, orang Sumeria dan Babylon purba pun sedar bahawa hutang terpaksa “diampunkan” secara berkala, kerana jumlah hutang akan senantiasa melampaui saiz ekonomi sebenar. 


Lagipun, kata Hudson lagi, hutang senantiasa akan berkembang menurut derat ukur (exponentially), manakala ekonomi pula bertumbuh dalam bentuk kurva-S. 


Tambah Hudson lagi, asas matematik pemikir ekonomis Mesopotamia (2,000 S.M.) pun lebih realistik berbanding ekonomis ortodoks hari ini. 


Sekurang-kurangnya, menurut Hudson, orang-orang Babylon kelihatan telah mengakui bahawa peningkatan hutang sebenar dari masa ke semasa kian mengganggu (kerana) ia cenderung melebihi keupayaan untuk membayar balik, serta menghimpun lagi harta dalam tangan pemberi hutang. 


Katanya lagi, orang-orang Babylon mengakui bahawa, walaupun hutang kian meningkat tinggi, seluruh ekonomi (apa yang sekarang disebut sebagai ‘real’ ekonomi) berkembang dengan dengan lebih cepat.


Daripada segi konseptual juga, Hudson menjelaskan, kerajaan yang kukuh akan mengekalkan ekuiti dan memulihkan keseimbangan ekonomi apabila terganggu.


Dalam model keseimbangan (equilibrium) antara permintaan dan bekalan dalam ekonomi tanpa  hutang sebenarnya langsung tidak menjana pertumbuhan struktur ekonomi lain.


Di bawah ini, ada syarahan panjang seorang lagi sejarawan ekonomis, David Graeber mengenai bab sistem hutang yang wujud dalam tamadun purba dulu. 


Menarik!






Ada masa, baca juga bagaimana Kerajaan India hapus hutang lapuk di negaranya  membabitkan pinda undang-undang di Parlimen. 


Saya dah sebut Ringgit Malaysia bukan Tuhan yang cipta. Undang-undang dalam Dewan pun ciptaan manusia sebenarnya.


Sebelum ini pun, pernah saya sebut, hutang lapuk PERWAJA Terengganu Sdn Bhd (membabitkan kroni lama Dr Mahathir) berjumlah RM1,628.68 juta dinyahkan (cancelled) selama 17 tahun berakhir pada 31 Disember 2027.


Datuk Seri Najib (ketika itu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan) bersetuju untuk nyah hutang secara berperingkat. 


“Peruntukan akan disediakan bagi menghapus kira hutang PERWAJA Terengganu Sdn Bhd bermula pada 2011 dan dijangka selesai pada tahun 2027,” dipertikai dari halaman 34 Laporan Ketua Audit Negara 2011.


Fahamnya di sini, pemikir ekonomis purba pun tahu hutang semata-mata rekod, boleh dibatalkan asalkan tidak menjejaskan “real economy” seperti bekalan makanan yang diperlukan oleh manusia. 


Kerajaan Persekutuan hari ini, sanggup melaksanakan dasar ekonomi ikat perut (Austerity Policy) atas dalih “hutang kerajaan melebihi RM1 trilion” kononnya.


Ringgit Malaysia sebenarnya adalah money as a social contract yang terhasil wujud oleh product of law.


Wallahu alam. 

No comments:

Post a Comment

Disqus