Salam Sydney!
Selepas puas berjalan di Sydney, sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan, saya sekeluarga bergegas ke Canberea, rumah abang ipar saya.
Hampir 280 kilometer perjalanan, yang mengambil masa kira-kira 3 jam.
Kami melalui lebuh raya yang panjang, sama seperti lebuh raya PLUS di Malaysia.
Sesuatu yang menarik, di Australia pun ada lebuh raya, tetapi tidak ada tol seperti di Malaysia.
Di kalangan kami, ada yang mengulang seloroh yang cukup popular di tanah air, "Sami banyak di Thailand, tetapi, tolnya langsung tiada. Di Malaysia Samy (baca: Samyvellu) seorang sahaja, tetapi tolnya banyak."
Dulu, saya pernah menulis, Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng pernah menegaskan bahawa tol bagi Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) patut dimansuhkan sejak tahun 2010 lagi.
AJK PAS Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim pun pernah kata, tak rugi jika Kerajaan Pusat menghapuskan tol bagi Jambatan Pertama Pulau Pinang.
Saya sendiri ada respons di sini dan di sini.
SUASANA sebegini sudah biasa. Kelihatan Abang Ipaq dan Kakak Ipaq sedang singgah jamak solat Maghrib-Isyak di R&R Lebuh raya Sydney-Camberra dekat sini, tadi. |
Sungguhpun tiada tol untuk lebuh raya di Australia, tetapi, dari segi perkhidmatan terbaik lebih baik di Malaysia.
R&R hanya satu sahaja antara Lebuh raya Sydney-Canberra. Stesen minyak pun hanya satu sahaja.
Bayangkan kalau kereta rosak atau minyak habis....
Ini pro dan kontrak lebuh raya di tanah air dan di sini.
ZAiNULFAQAR YAACOB
Streeton Drive, Canberra | 12.27 pagi
No comments:
Post a Comment