Dulu lagi, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim menjelaskan agihan peruntukan agama Islam di negeri ini mengikut keperluan.
Lim Guan Eng digambarkan anti Islam dan anti Melayu kerana ahli politik itu adalah Setiausaha Agung DAP Kebangsaan.
Ramai tidak tahu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri baru-baru ini turut memberi sumbangan peribadi kepada Tuan Guru Ustaz Mutalib Maarof dan Tuan Guru Ustaz Sobri Arshad sebagai menghargai sumbangan dua tokoh agama ini mendidik masyarakat di negeri ini.
Apa komen macai Umno, Perkasa & Isma mengenai inisiatif terbaru Kerajaan Pulau Pinang membina Masjid Kebudayaan Cina di George Town?
Ahli-Ahli PAS selalu ditipu oleh Geng Bas Sekolah kononnya Islam terus ditindas selagi mana tidak wujud daulah Islamiah, yang di dalamnya undang-undang Islam.
Doktrin melampau ini boleh berlaku, antaranya berpunca oleh tidak memahami fiqh al-wathathi dan fiqh ad-dakwah.
Untuk lebih jelas, elok membaca ulasan konsep Amal Islami oleh Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang YAA Datuk Abdul Walid Abu Hassan.
Ulasan Mufti Pulau Pinang yang baru, Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor mengenai Amal Islami di negeri ini pun menarik untuk ditelaah.
Kalau nak tunggu tengok pada representasi PAS di Pulau Pinang, satu kerusi di DUN Permatang Pasir sahaja, disandang oleh Datuk Mohd. Salleh Man.
Mohd. Salleh turut diberi amanah menjadi Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Tetapi, Geng Bas Sekolah di Pulau Pinang langsung tak sedar diri dan lebih percaya Umno serta bonekanya, berbanding PAS PKR DAP atas nama Pakatan Rakyat.
206 rumah percuma zakat berjaya dibina sejak tahun 2008 sungguhpun ADUN PAS seorang sahaja di Pulau Pinang.
Terbaru, Masjid Kebudayaan Cina pula diwartakan di tengah-tengah bandar George Town.
Islam agama fitrah, sesuai untuk semua bangsa.
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
[Surah Al-Hujraat:13]
DAP sudah buktikan bahawa partinya bukan mewakili mana-mana agama serta anti Islam.
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah suruh manusia saling mengenali sungguhpun berbeza warna kulit.
Justeru, Bila Geng Bas Sekolah, Umno, Perkasa dan Isma membuktikan bahawa mereka bukan pelampau agama yang asabiah kepada puak mereka semata-mata?
No comments:
Post a Comment