11 July 2014

Dua tokoh agama terima ‘Insaniyyah Ramadan’ KM, kata Mohd. Rashid Hasnon

ANWAR Ibrahim (lima dari kiri) menyampaikan sumbangan penghargaan kepada wakil Ustaz Abdul Mutalib Maarof (tiga dari kiri) sambil diiringi oleh Mohd. Rashid Hasnon (enam dari kiri), Law Choo Kiang (tujuh dari kiri), Abdul Malik Abul Kassim (paling kiri), Dr. Afif Bahardin (paling kanan), Mansor Othman (lapan dari kiri) dan Mohd. Salleh Man (empat dari kiri). Turut menerima sumbangan penghargaan Ketua Menteri adalah Ustaz Sobri Arshad (dua dari kiri) di sini baru-baru ini. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PENANTI - Pengerusi Yayasan An-Nahdhoh, Ustaz Mutalib Maarof dan Mudir Maahad Ad-Dahwah Islamiah Ustaz Sobri Arshad diberi sumbangan penghargaan daripada peruntukan Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng atas ketokohan masing-masing dalam memartabatkan Islam di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon semasa berucap menyifatkan amalan kebaikan pemimpin bukan Islam melakukan kebaikan ke atas orang-orang Islam sebagai Insaniyyah Ramadan.

“Islam bukan sahaja tidak melarang orang bukan Islam melakukan kebaikkan ke atas orang Islam sempena Ihya Ramadan ini, bahkan, menggalakkan sesama insan saling berlumba-lumba melakukan kebaikkan,” kata Mohd. Rashid sambil membahaskan maksud ayat 8 Surah Al-Mumtahanah dan ayat 148 Surah Al-Baqarah.

Mohd. Rashid berucap demikian semasa mewakili Guan Eng dalam program Ihya’ Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama-Sama Kepemimpinan Kerajaan Negeri Peringkat Seberang Perai di perkarangan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu di sini baru-baru ini.

Ustaz Sobri Arshad turut menyampaikan Tazkirah Ramadan pada majlis sama, yang disertai lebih 300 hadirin.

Manakala, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan zakat kepada 60 asnaf terpilih di sini.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) dan Datuk Mokhtar Jait (Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri), Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd. Salleh Man dan Datuk Mansor Othman (Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang, YIPP) turut hadir pada majlis tahunan tersebut.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP) Datuk Sazali Hussein, Ustaz Rosidi Hussain (Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid & Hal Ehwal Kariah MAINPPP), Jusni Ismail (Pegawai Daerah Seberang Perai Tegah), Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Ustaz Bakar Bakilani (Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq).

Sebelum itu, semua pemimpin Kerajaan Negeri turut menyertai majlis mengedar bubur lambuk di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus