ULASAN BJ FAQAR
KONSESUS Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak 8 Mac 2008 melorongkan PAS mengetuai Majlis Agama Islam, walaupun parti masa depan itu mempunyai hanya satu kerusi sahaja di DUN Permatang Pasir, yang diwakili oleh Datuk Mohd. Salleh Man (sekarang TPJ II PAS Negeri).
PRU14 nanti, PAS akan bertanding di Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor; serta lima kawasan DUN lain (Penaga, Pinang Tunggal, Bayan Lepas, Bukit Gelugor dan Permatang Pasir).
Untuk DUN Sungai Acheh, PAS perlu berunding dengan meletakkan calon yang lebih kuat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa umpamanya untuk memujuk PKR melorongkan kerusi penting tersebut kembali kepada PAS.
Berunding sampai menang, jangan lawan sampai kalah sebagai yang dilakukan oleh dua ketua pemuda PAS dulu, (Dr.) Mazlan Ismail dan Ustaz Hafiz Nordin.
Mohamad Sabu takkan nak bertanding di Kedah atau Terengganu lagi semasa PRU14 nanti, sedangkan Timbalan Presiden PAS itu adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sekarang?
Elok, Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPPN) di bawah "Sdr. Bukhari" menyusun operasi daftar pemilih di Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua dari sekarang, kerana kedua-dua kawasan mengundi itu berpotensi untuk menang.
JPPN perlu fokus pada memindahkan 'undi muntah' dan giatkan daftar pengundi baru, selain, memupuk keyakinan mengundi dalam kalangan Melayu kerana parti masa depan itu bertanding di kawasan majoriti Melayu.
Jika Mohd. Sabu dan Dr. Mujahid menang dalam PRU14 nanti, kedua-dua calon itu dilihat paling wibawa untuk disebut-sebut mengisi kerusi Exco, termasuk Exco Agama Kerajaan Negeri.
Setuju?
ZAiNULFAQAR Yaacob, Fotojurnalis P.Pinang |

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PINANG TUNGGAL - Lima terpilih
menerima bantuan rumah faqir dan miskin Zakat Pulau Pinang (ZPP) peringkat
Daerah Seberang Perai Utara di sini baru-baru ini.
Yang di-Pertua
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd. Salleh Man
memberitahu, ZPP telah membina dan menyerahkan sebanyak 206 unit rumah bernilai
RM35,000 kepada golongan asnaf sejak tahun 2008 hingga kini.
Itu, tidak termasuk
tujuh unit dan 51 unit rumah serupa yang dibina pada tahun 2006 dan 2007.
“Tahun ini sahaja,
kita membina 10 unit rumah di seluruh Pulau Pinang dengan nilai agihan
RM3,056,900, dan baiki lebih 20 rumah asnaf terpilih dengan nilai agihan
RM194,664.20.
“Golongan asnaf
yang mempunyai tanah, tetapi, tidak ada tempat berlindung (rumah) layak untuk
memohon,” ujar Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Permatang Pasir di sini baru-baru ini.
Dua Ahli Lembaga
Pengarah ZPP, Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman dan Rahmah Md. Isa, serta Dr. Azman Abdul Somat (Pengurus Besar ZPP)
turut hadir pada majlis penyampaian replika kunci kepada semua penerima yang
layak.
AZiZAN Ibrahim. |
“Sejak hilang
pekerjaan tetap akibat sakit jantung dua tahun lepas, saya dan lima anak
menumpang di rumah adik. Mujur, isteri boleh bekerja sebagai penyelia
kebersihan.
“Syurkur...kami
sekuluarga boleh hidup lebih selesa dan sihat dengan apa yang Kerajaan Negeri
buat ini,” ujar beliau kepada wartawan.
Difahamkan, ZPP
membelanjakan kira-kira RM10,180,487 untuk membina 264 unit rumah sejak program
mesra asnaf terpilih itu diperkenalkan pada tahun 2006.
Perkembangan
terbaru itu sekaligus menyerlahkan inisiatif progresif MAINPP dan ZPP dalam
menguruskan pengagihan zakat demi kepentingan ummah di Pulau Pinang, sejak
Kerajaan Negeri berpindah tangan pada tahun 2008.
No comments:
Post a Comment