04 July 2014

1,000 kunjungi Bazar Ramadan Batu Kawan, talapia bakar paling popular

CiKGU Mohd. Rashid Abd. Hamid (berjubah kopiah putih) dan Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (berbaju petak merah) mengunjungi salah satu gerai di Bazar Ramadan Batu Kawan, petang semalam.
BAZAAR Ramadan Batu Kawan bukan sahaja menjadi tumpuan umat Islam, malah, non-Muslim. Kelihatan dua anak muda Cina turut mencuri peluang menikmati juadah pelbagai di salah satu gerai di sini, petang semalam.

HAMPiR 1,000 pengunjung berpusu-pusu di Bazar Ramadan Batu Kawan sejak jam 6.30 petang di sini.

Padan lah hampir 30 penjaja memberi komitmen untuk memburu jualan di pasar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau At-Tahalli Taman Mutiara Tanjung sejak 1 Ramadan lagi.

TALIPIA bakar

KELi bakar
“Kalau nak kira sambutan, Alhamdulillah, tahun ini lebih baik.

Ikan keli dan talapia bakar antara juadah popular yang dapat dinikmati di Bazaar Ramadan Batu Kawan.

Ikan temenung lengat yang disiap dikukus adalah satu lagu menu menarik di sini.

“Semua dibersihkan perut sebelum dibakar atau dikukus demi demi memenuhi kehendak pelanggan di sini,” kata penjaja, Mohd. Rafi Sharif, 40, kepada Fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOB.

FOTOJURNALiS Zainulfaqar Yaacob (kanan) sedang interbiu Cikgu Mohd. Rashid Abd. Hamid (tengah), sambil diperhati oleh Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim di Bazaar Ramadan Batu Kawan, awal petang semalam.

Rakan niaganya, Mohd. Izhar Ismail, 35, sambutan pengunjung sabah hari di bazaar tersebut lebih meriah berbanding tahun-tahun lepas.

"Betul-betul ramai dalam jam 6.30 petang walaupun Bazar Ramadan ini dibuka seawal jam 4.30 petang. Ada lah dalam hampir 1,000 pengunjung,” ujar Mohd. Izhar.

MOHD. Rafi Sharif (pegang kipas) dan Mohd. Izhar Ismail (berbaju putih berbelang biru) meramahi Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (berbaju petah merah) dan Cikgu Mohd. Rashid Abd. Hamid (berjubah kopiah putih) di gerainya dekat Bazar Ramadan Batu Kawan, petang semalam. Sebarang pesanan, hubungi 0124905274.

Dua ekar temenung lengat segar berharga semurah RM4, dua ekor ikan keli bakar ditawarkan dengan harga semurah RM5.

Manakala, talapia bakar pula berharga antara RM4 hingga RM8 seekor, mengikut saiz ikan.

Purata untuk kasar dalam 5 Ramadan semalam, katanya lagi, lebih RM250 sehari.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Arif Noordin, 45, penjual roti john, air dan serba aneka juadah berbika puasa.

Beliau turut menjual jus durian belanda, minuman anti oksidan, yang cukup istimewa untuk merawan sakit barah.

MACAM-macam ada di gerai Arif Noordin (berbaju biru), paling istimewa adalah jus durian belanda. Hubungi beliau di talian 0174164572. 

“Kalau bukan di bulan Ramadan, saya berniaga Roti John di simpang masuk ke taman ini.

Dah tiga kali Ramadan, saya berniaga di sini. Alhamdulillah, nampak awal-awal Ramadan ini meriah.

Peniaga lama macam kami disini harap kemeriahan pengunjung ini dapat kekal lah,” ujar beliau.

Arif merupakan antara “orang kuat” Surau At-Tahalli di sini. Menurut beliau, salah satu sebab pengunjung ramai di sini adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa surau tersebut selaku penganjur.

SALAH seorang dari tiga anggota RELA (kiri) yang ditugaskan di Bazaar Ramadan Batu Kawan seawal jam empat petang, bersama-sama 'orang kuat' Surau At-Tahalli (kanan) dan Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim di sini, petang semalam.

Tinjauan sekitar jam 5.30 petang semalam di sini mendapati, lebih tiga tega RELA ditempatkan untuk menjaga trafik di Bazar Ramadan.

Kenderaan, baik milik penjaja atau pengunjung disusun di tepi jalan bertentangan Bazaar Ramadan untuk mengelak kesesakan trafik keluar masuk di sini.

Motosikal dan basikal juga disusun rapi pada satu kawasan supaya lalulan utama penjalan kaki lapang dan lancar.

NAYAN Osman
Seorang pengunjung, Nayan Osman, 66, dikatakan penduduk asal di sini semasa ditemui memberitahu bahawa penganjuran Bazaar Ramadan Batu Kawan pada tahun ini paling tersusun atur.

“Sebenarnya, sini sudah menjadi tapak niaga oleh penduduk setempat sendiri lebih 15 tahun lepas.

“Kalau bulan puasa (Ramadan) pun, saya ingat dibuka sejak tujuh (atau) lapan tahun dulupun tak panggil Bazaar Ramadan.

“Sekarang  pasar jual beli (juadah) ini baru saya dengar (dipanggil) Bazaar Ramadan,” ujar Nayan.

Tambah Nayan lagi, pengurusan Bazaar Ramadan yang lebih efisyen, sekaligus selamat untuk anak-anak kecil tempat ke sini.

MOHD. Izhar Jaafar (kiri) menyantuni Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (berbaju petak merah), sambil diiringi Cikgu Mohd. Rashid Abd. Hamid (berjubah kopiah putih) di Bazaar Ramadan Batu Kawan, petang semalam.

Seorang penjual minuman, Mohd. Izhar Jaafar, 27, mengaku bahawa beliau lebih selesa berniaga di sini, berbanding tapak Bazaar Ramadan yang baru dianjurkan TEKUN dekat Tapak Stadium.

“Saya dah berniaga di sini lebih 10 tahun sebab di sini ramai pengunjung. Apabila ramai pengunjung, tentu jualan lebih baik di sini,” ujar Mohd. Izhar, sambil merakamkan penghargaan kepada penganjur Bazaar Ramadan, Surau At-Tahalli.

Menurut beliau, jualan kasarnya dalam dua tiga hari ini hampir menjecah RM300.

Bazaar Ramadan Batu Kawan ini terletak berhampiran bulatan keluar dari Taman Mutiara di sini, kedudukannya kira-kira 700 meter dari Bazaar Ramadan TEKUN yang terletak di tapak parkir Stadium Batu Kawan.

BEGiNiLAH keadaan Bazaar Ramadan Stadium Batu Kawan yang dianjurkan oleh TEKUN, semasa tinjauan dibuat bersama-sama Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim menjelang jam 7.00 malam semalam di sini. 

Tinjauan sehingga 6.45 petang semalam, mendapati hampir 10 khemah masih belum diisi oleh penjaja berwajib, lengang dari kunjungan penduduk.

Kedudukan Bazaar Ramadan Stadium Batu Kawan yang lebih jauh dari kediaman penduduk di sini mungkin salah satu punca lengang.

Satu lagi, trafik masuk keluar di jalan utama dek lori besar yang berbahaya, mungkin mendorong minat pengujung yang membawa keluarga lebih memilih Bazaar Ramadan Batu Kawan dekat Taman Mutiara Tanjung.

BEGiNILAH senario Bazaar Ramadan Batu Kawan yang sempat dirakam lensa Fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob sebelum Asar, seawal jam 4.30 petang di sini, semalam.

Satu sumber memberitahu, penjaja Bazaar Ramadan Batu Kawan – kesemuanya lebih kurang 30 penjaja - sejak kelmarin menerima tekanan pihak tertentu supaya berpindah ke Bazaar Ramadan Stadium Batu Kawan.

Ini kerana, kata sumber itu lagi, Bazaar Ramadan Batu Kawan telahpun dipajak oleh TEKUN daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), kewujudan Bazaar Ramadan Batu Kawan dikatakan sedikit banyaknya menjejakan kunjungan orang ramai ke tapak parkir Stadium Batu Kawan, kini.

CiKGU Mohd. Rashid Abd. Hamid 
Perkara berbangkit ini cuba dirujuk kepada penganjur, Pengerusi Surau At-Tahalli Taman Mutiara Tanjung, Cikgu Mohd. Rashid Abdul Hamid, 49.

Menurut Mohd. Rashid, TEKUN ada berbincang dengannya mengenai hal tersebut demi servival Bazaar Ramadan Stadium Batu Kawan.

“Semua peniaga disini dipelawa berniaga di Stadium Batu Kawan sahaja, TEKUN sendiri setuju untuk bahagi keuntungan penganjuran 50-50 dengan Surau At-Tahalli.

“Saya jelaskan, penganjuran di sini bukan berorientasikan keuntungan penganjuran, kita nak peniaga itu sendiri lebih untung.

“Kalau di sini boleh menerima pengunjung hampir 1,000 orang tiap-tiap hari, tentulah mereka tidak mahu ke sana (Bazarr Ramadan Stadium Batu Kawan,” jelas beliau semalam.

Dalam rundingan dengan Pengarah Pelesesan MPSP, Mohd. Ibrahim Md. Nor semalam, Mohd. Rashid memberitahu, MPSP atas budibicaranya turut melihat kepentingan aktiviti ekonomi setempat di Bazaar Ramadan Batu Kawan di sini.

“Ada beberapa syarat diberikan kepada penganjur, kami (Jawatankuasa Surau At-Tahalli) sendiri mulai malam ini akan mengenjakkan semua tapak jaja 30 meter dari bulatan (keluar Taman Mutiara Tanjong).

“Penganjuran di sini lebih baik sebab kita pakai khidmat RELA, trafik jadi lancar dan pengunjung selamat berjalan kaki ke sini,” jelas Mohd. Rashid.

Satu sumber lain memberitahu, MPSP sebenarnya tidak mahu isu berbangkit seperti di Uptown Perda Bukit Mertajam turut berulang di Bazaar Ramadan Batu Kawan.


Perjuangan grup Nasoruddin Shah Mat mengekalkan status Uptown Perda sebelum ini disokong Anwar Ibrahim dan Pengerusi PKR Negeri Datuk Mansor Othman, serta mahu dirujuk kepada Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng. YDP MPSP Maimunah Mohd. Sharif baru-baru ini turut memperjelas status tapak komersial penjaja Melayu tersebut sempena menyambut Ihya' Ramadan.

ZOLKIFLY Md. Lazim
Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang di bawah pengerusinya Zolkifly Md. Lazim turut mengadakan ziarah di Bazaar Ramadan Batu Kawan ekoran isu berbangkit ini.

“Kalau ikut PAS, orang Mekah lebih tahu mengenai orang Mekah, orang Madilah lebih tahu mengenai orang Madinah (amal Ahl Madinah). Biar peniaga putuskan kawasan mana strategik untuk mereka niaga.

“Manakala, PBT (MPSP) perlu memberi fasiliti dan garis panduan, supaya Pulau Pinang ini benar-benar menjadi negeri paling istimewa untuk orang berniaga cari makan,” ujar Zolkifly.

Zolkifly yang juga Presiden D’BM Hospital Permatang Pauh memberitahu, pihaknya fokus mengandakan kaum peniaga kecil berlesen di negeri ini.

“Kita yakin peniaga kecil mampu membina momentum tersendiri untuk ekonomi negeri.

“Kalau sekarang dah ada sekitar 3,500 penjaja Melayu di negeri ini, biar kita tambah sekali ganda lagi,” ujar Zolkifly yang juga Penasihat Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus