31 March 2014

Jangan ‘lepas’ samseng pro Umno, nasihat Guan Eng kepada Menteri

(Dari kiri) LIM Guan Eng, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan merangkap pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dirakamkan di Parlimen baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan supaya menegakkan kedaulatan undang-undang walaupun suspek beberapa kejadian yang menggugat ketenteraman awam di Pulau Pinang sebelum ini mungkin membabitkan penyokong Umno sendiri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataannya turut menasihat perkara yang sama kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, semasa mengulas jawapan bertulis Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 25 Mac lepas.

“Sekiranya mereka yang terlibat, termasuk pemimpin UMNO, dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan dijalankan, maka, ia akan menggalakkan lebih banyak peristiwa yang tidak diingini sedemikian oleh kumpulan samseng ini untuk terus menggugat keselamatan negara,” ujar Guan Eng pada satu sidang media dekat Komtar di sini, Jumaat lepas.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di Dewan Rakyat meminta Ahmad Zahid  menjelaskan mengenai hasil siasatan polis terhadap beberapa insiden keganasan di Pulau Pinang sebelum ini, yang membabitkan penyokong Umno.

Insiden yang dimaksudkan, antaranya, demontrasi penyokong Umno di Seberang Jaya dan Machang Bubuk mengarak kain rentang yang tertulis kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi...mau lagi kaa, insiden letupan ‘mototov cocktail’ di Gereja Assumption dekat Lebuh Farguhar dan Balai Polis Bukit Tengah, serta gantungan kain rentang yang tertera ‘Allah Is Great. Jesus Is The Son Of Allah’ di tiga gereja dekat Pulau Pinang.

Dalam jawapan bertulis Menteri, Ahmad Zahid yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno memberitahu, kertas siasatan polis telahpun dibuka untuk semua kes tersebut, selain mendapatkan rujukan nasihat daripada Timbalan Pendakwa raya berwajib.

Pun begitu, katanya lagi, tiada tangkapan dilakukan dalam kesemua kes tersebut disebabkan tiada saksi atau petunjuk daripada sistem kamera televisyen tertutup  (CCTV) untuk membantu siasatan dan proses pendakwaan lanjut.

“Setakat ini tidak ada tangkapan dan petunjuk bagi membantu siasatan,” kata Zahid dipetik daripada jawapan bertulisnya semasa mengulas mengenai hasil siasatan insiden pengeboman Gereja Assumption.


Artikel berkaitan:
Gesa Putrajaya gagalkan projek huru-hara P.Pinang

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus