Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PERMATANG PAUH - Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok disalam dengan 'telur busuk' oleh seorang lelaki misteri, dipercayai penyokong Perkasa sejurus selesai ceramah di Padang Taman Cermai di sini, malam tadi.
Belum sempat melarikan diri, hadirin rata-rata Melayu mengepung serta memberkas lelaki misteri itu demi mencegah provokasi lanjut di sini.
Pasukan Skuad Keadilan Malaysia (SKUAD) serta sukarelawan penganjur Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) lantas segera membawa keluar Teresa dari lokasi kejadian.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya kemudian berkata, tindakan melampau itu bertentangan dengan adat Melayu serta maksud al-Quran.
"Pernah Islam ajar bagi 'telur temelang' kepada bukan Islam kalau kita nak bukan Islam hormat mereka, kononnya untuk pertahan maruah Melayu," tanya Muhammad Nizar dalam nada yang tegas.
Beliau berkata, tindakan itu bertentangan dengan ayat 8 dari Surah Al-Maidah.
Nas itu bermaksud, "...Dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum mendorong kamu supaya tidak berlaku adil, berlaku adillah kerana ianya lebih dekat dengan taqwa."
Sebelum itu, Timbalan Ketua MenteriI, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Steven Sim Che Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) masing-masing mengkritik politik perkauman yang dicetuskan oleh penyokong Umno Perkasa, belakangan ini.
Dalam perkembangan berkaitan, ada petunjuk mengenai pembuatan tidak bertanggungjawab itu dikesan di laman sosial Facebook, seperti di bawah:
No comments:
Post a Comment