Anuar Omar
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara
Sejak sekian lama, Rakyat
Malaysia tidak pernah mengkritik apa-apa slogan ciptaan kerajaan berhubung apa jua tema bagi
apa sahaja acara. Malah, Rakyat Malaysia mengiyakan sahaja apa jua slogan di
buat.
Tetapi, pada tahun ini
menjelang Hari Kebangsaan ke 55, Rakyat tiba-tiba bangun mengkritik slogan ciptaan pemerintah
iaitu ' 1 Malaysia: Janji Ditepati'. Rakyat merasakan bahawa slogan tersebut lari dari maksud
sebenar menyambut Hari Kemerdekaan.
Hal ini menjadi tamparan
hebat kepada pemerintah, lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan
berakhir 'iddahnya' kurang tujuh bulan lagi. Kebangkitan rakyat pada hari ini tidak dapat
dibendung lagi.
Rakyat dari pelbagai kaum
menentang pemerintah yang zalim, menindas dan mengamalkan rasuah. Keadaan ini
seolah-olah sama seperti kebangkitan rakyat menuntut kemerdekaan pada era 40-an
dan 50-an.
Kebagkitan yang lahir
daripada masyarakat Melayu, Cina, India serta masyarakat bumiputera Sabah dan
Sarawak seolah-olah menunjukkan kesatuan seperti Malayan Union menentang
penjajah british suatu masa dahulu.
Rakyat sudah tidak tahan
melihat 'kemungkaran' yang dilakukan pemimpin Barisan Nasional yang ternyata
hanya mementingkan kedudukan mereka sehingga mengenepikan banyak hak rakyat.
Bermula dengan Dasar Pecah
dan Perintah, Rakyat dari ketiga-tiga bangsa utama negara cuba diasingkan
mengikut etnik sehingga ianya menjadi barah apabila ketiga-tiga kaum ini sering
berselisih faham sehingga terjadinya tragedi berdarah '13 Mei' dan tragedi
'Kampung Medan'.
Rakyat yang berbilang kaum
sering mencurigai diantara satu sama lain akibat dasar sempit dibawa oleh Umno,
MCA, MIC dalam Barisan Nasional. Hasilnya, sikap cemburu dan dengki diantara
satu sama lain tidak lagi dapat dibendung.
Dalam suasana genting
sebegitu, lahir Pakatan Rakyat (PR) yang dikongsi Pas, PKR dan DAP membawa
harapan baru kepada Rakyat Malaysia. Mereka menjadi pemangkin kepada
kebangkitan Rakyat pada masa ini setelah dinafikan BN sejak lebih 55 tahun
dahulu.
Hari ini juga, Pakatan
Rakyat menawarkan kepada kita tema sambutan Hari Kemerdekaan sendiri. Tema dan
slogan tersebut mencermikan aspirasi dan kehendak rakyat Malaysia sejak sekian
lama.
Pakatan Rakyat cuba
menyelamatkan Rakyat Malaysia dari terus ditindas, dizalimi, ditipu dan
lain-lain lagi oleh pemerintah. Mereka juga cuba memberi kembali 'hak rakyat'
yang dirampas Umno dan BN.
Sebangsa, Senegara, Sejiwa-
membentuk idea baru penyatuan semua bangsa, kaum, agama dan latar belakang bagi
membina sebuah negara bahu setelah lebih 55 tahun 'dihancurkan' pemerintah BN.
Semua rakyat inginkan
keamanan dan kemakmuran supaya ianya dapat dikongsi oleh setiap lapisan
masyarakat dan bukannya dibolot oleh sesetengah pihak sahaja seperti yang
berlaku di Malaysia pada masa ini.
Rakyat juga bersatu
menentang ketidakadilan, ketidaksamarataan dan pelbagai kehancuran yang
dilakukan pemerintah. Negara yang aman dan makmur ini patut dikongsi oleh semua
kaum berpandukan Perlembagaan Negara.
Ayuh semua, kita tumbangkan
Kerajaan Korup, pemerintah zalim dan pentadbir yang rasuah demi masa depan
negara kita yang lebih aman dan makmur. Kita kongsi nikmatnya bersama dengan
perasaan kasih-sayang sesama kita.
Umno dan BN sudah hilang
kredibiliti sebagai pemerintah, merakalah punca perpecahan sesama kita dan
mereka jugalah yang merompak segala hasil 'kekayaan' kita. Jangan lagi kita
percaya dan berharap dengan janji manis mereka.
Kita lepaskanlah
tanggungjawab memerintah negara kepada golongan yang lebih baik, amanah, jujur
dan adil kepada rakyatnya. Kita sokonglah kerajaan Pakatan Rakyat kerana hanya
merekalah harapan baru bagi kita.
Selamat Menyambut Hari
Kemerdekaan kali ke-55. Malaysia Baru dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Kerajaan Rakyat untuk Rakyat Malaysia.
Usul Tidak Percaya: Cepatkan Muhyiddin sebagai PM
No comments:
Post a Comment