Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tidak akan membubarkan Parlimen jika
Pakatan Rakyat berada dalam keadaan kuat. Beliau memilih masa yang sesuai iaitu
hancurnya persepakatan dalam PR untuk mengadakan PRU 13.
Mengambil contoh
PRU 12, pada ketika itu PR berada dalam keadaan kuat dimana semua isu yang
membabitkan perpaduan diselesaikan dengan baik sehingga mencapai kejayaan yang
diluar jangkaan.
Jadi, Najib
tidak akan membiarkan perkara tersebut berulang dan sabar menunggu kehancuran
perpaduan dan persepakatan dalam Pakatan Rakyat sebelum meniup semboyan
peperangan PRU 13.
Buktinya,
bibik-bibik perpecahan dalam PR semakin teserlah sejak akhir-akhir ini
terutamanya di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat kerana ini adalah antara
strategi yang dilakukan oleh Umno/BN untuk menumbangkan Pakatan.
Di Kedah, banyak
keputusan yang dilakukan Kerajaan Negeri mendapat tentangan hebat dari rakyat
dan ahli parti PR sehinggakan dua orang Exco Kerajaan Negeri enggan menerima
semula perlantikan Exco.
Malah, lebih
parah apabila ramai ahli dan pimpinan Pas dikatakan sudah ‘hilang kepercayaan’
kepada Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri. Selain, hilangnya
semangat Pakatan antara Pas-PKR-DAP.
Jadi, agen-agen
Umno dalam Pakatan sentiasa mencari peluang untuk menghakis kepercayaan kepada
pemimpin dengan melakukan dasar dan keputusan yang bertentangan dengan aspirasi
rakyat dan PR.
Mereka yang
terlibat ini juga dikatakan memegang jawatan besar dalam pentadbiran negeri dan
boleh membuat keputusan tanpa persetujuan Menteri Besar ataupun Exco Negeri.
Terbaru, kes
pembelian 500 ribu unit saham FGVH oleh PKNK mengambarkan aspirasi Pas Pusat
dan Rakyat tidak dihiraukan oleh Kerajaan Negeri yang ironinya menampakan
keuntungan semata-mata.
Di Pulau Pinang,
agen-agen Umno cuba
melaga-lagakan pemimpin PR. Mereka ini yang masih ‘berkeliaran’ dalam PR cuba
menimbulkan provokasi terhadap pemimpin dan Exco Kerajaan Negeri.
Malah, ada juga
pemimpin bawahan PR cuba
mensabotaj parti dengan mengadakan program yang bertentangan dengan dasar PR
seperti tarian k-pop yang menjadi isu besar suatu ketika itu.
Terbaru, PKR
Cabang Kepala Batas sekali lagi cuba melaga-lagakan PAS-PKR dengan menjemput
bekas Pengerusi Dewan Himpunan Pas Kepala Batas dan menghentam pimpinan Pas
dalam program Makan Malam anjuran cabang itu 14 julai lepas di Dewan Cina
Kepala Batas itu.
Masalah itu
menimbulkan ketidak-puasan hati dikalangan ahli Pas kepada penganjur yang juga
PKR Cabang Kepala Batas. Hal ini mengeruhkan hubungan diantara ahli Pas dan PKR
di Parlimen Kepala Batas.
Kemumculan KMPP
atau Kongres Melayu Pulau Pinang yang dikaitkan dengan kumpulan Melayu dalam
DAP juga tidak habis-habis menyerang Exco Melayu Pulau Pinang dengan hasrat
dapat bertanding di beberapa kerusi Melayu antaranya Batu Maung dan Pantai
Jerejak.
Banyak lagi isu
dan kes yang cuba
ditimbulkan oleh agen-agen Umno dalam PR untuk memecah-belahkan persepakatan
diantara Pas, PKR dan DAP di Pulau Pinang .
Malah, gerakan ini dipelopori oleh bekas pemimpin tinggi dalam Pas dan PKR
sendiri.
Di Selangor, isu
perpecahan diantara ‘team’ Menteri Besar dan ‘team’ Azmin Ali sendiri dilihat
mencacatkan lagi usaha menyatupadukan PR dalam menentang Umno/BN pada
pilihanraya umum akan datang.
Mujurlah, Dr
Hassan Ali berjaya ‘disingkirkan’ oleh kepimpinan Pas Selangor. Jika tidak,
maka keadaan akan bertambah tegang dengan karenah yang bermacam-macam.
Perletakan jawatan oleh Rafizi Ramli dan Latifah Koya juga menampakan perpecahan
yang mula ‘berbekas’.
Selain itu, isu
segelintir pemimpin PKR Selangor yang ligat mengejar tender dan projek juga
dilihat telah membangkitkan kebencian dikalangan ahli dan rakyat. Perangai lama
Umno itu dilihat makin rancak di Selangor.
Di Kelantan, walaupun
tidak banyak isu perpecahan digembar-gemburkan oleh media Umno, namun
kebanyakkan ahli Pas mengetahui bahawa kumpulan ‘rakan kongsi’ Umno sedang
merancang menjahanamkan masa depan politik Husam Musa.
Husam dikatakan
akan diletakan di Parlimen Gua Musang oleh kumpulan ‘rakan kongsi’ Umno pada
pilihanraya umum akan datang supaya ianya dapat ‘membunuh’ terus karier politik
beliau.
Kumpulan ‘rakan
kongsi’ Umno di Kelantan agak kuat, masakan tidak, ada dikalangan mereka yang
meraih tender berjuta ringgit dalam usaha mereka ‘menyokong’ Kerajaan Perpaduan
suatu ketika dulu.
Justeru,
kepimpinan Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Hj Hadi Awang dan Lim Guan Eng
harus mencari formula untuk ‘menyekat’ kumpulan tersebut dari terus melakukan
propaganda dengan menyerang Pakatan dari dalam.
Najib hanya
menunggu masa dan saat yang benar-benar genting dan kritikal dalam Pakatan, dan
pada masa itu Parlimen akan dibubarkan seterusnya atas perpecahan ini, Umno dan
Barisan Nasional akan kembali memerintah.
Perpecahan dan
kehancuran persepakatan diantara parti-parti Pakatan Rakyat memudahkan Umno/BN
memenangi PRU 13 seterusnya merampas kembali negeri-negeri yang ditadbir
Pakatan Rakyat.
Jadi, sebelum PR
menumbangkan umno/BN dalam PRU 13 ini, Pakatan mesti terlebih dahulu
menumbangkan ‘agen-agen’ Umno dalam parti masing-masing. Perhatian yang serius
dapat ‘melancarkan’ perjalanan Pakatan ke Putrajaya tanpa sekatan.
Artikel berkaitan:
Siapa taja JKKK (P) Umno ‘Kursus’ di Luar Negara?Kumpulan ‘Rakan Kongsi’ UMNO dalam Pas masih wujud?
No comments:
Post a Comment