10 August 2012

Usul Tidak Percaya: Cepatkan Muhyiddin sebagai PM


Anuar Omar
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara

Umno/BN hari ini berada dalam keadaan nazak yang kronik. Perpecahan yang berlaku dalam parti komponen juga amat besar sehingga ramai ahli-ahli komponen Barisan Nasional bertindak keluar parti.

Hal ni bertambah kronik apabila BN mendapat seorang pengerusi yang 'takut bini' dan flip-flop menjadikan keadaan bertambah haru-biru. Pegerusi yang ada pada masa ini juga dikatakan tidak tahu mengawal keadaan.

Ada juga yang melabel Pengerusi BN sebagai pembawa 'malang'yang besar kepada BN dengan pelbagai skandal dan sering dibayangi 'suami' beliau dalam setiap keputusan yang diambil.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedar dengan keadaan ini dan beliau menjangkakan bahawa Umno/BN tidak akan memenangi hati Rakyat jika Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak masih lagi mengetuai BN dan Kerajaan.

Menurut seorang sumber Umno yang aktif di peringkat pusat menyatakan, Tun Dr Mahathir sedang mengatur startegi untuk menyingkirkan Najib dari mengetuai BN dan Kerajaan. Taktik sama yang dilakukan untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara ini dijangka akan berlaku sedikit masa lagi sebelum seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menawan' lebih ramai Ahli Parlimen BN terutamanya dari Sabah dan Sarawak. Sesuatu perlu dilakukan sebelum semua perkara idak diingini berlaku.

Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pemimpin yang akan diangkat oleh Tun Mahathir untuk mengetuai BN dan Kerajaan. Antara masa sesuai untuk 'menurunkan' Najib dari takhta adalah sebelum pembentangan Bajet pada Oktober 2012.

Caranya, usul tidak percaya akan dilakukan oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam mensyuarat khas Umno yang dijadualkan selepas Aidilfitri dan sebelum Aidiladha nanti. Strategi yang disusun memungkinkan TS Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri sebelum Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber tersebut lagi, ahli Umno sendiri sudah bosan mendapat seorang pemimpin yang sebegitu sehingga menjejaskan kempen mereka di akar umbi. Justeru, rata-rata mereka menyokong strategi yang telah disusun itu. Sama-samalah kita nantikan apa yang bakal terjadi kepada 'bangkai kapal karam' ini. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus