04 August 2012

Tawaran hebat untuk Wakil Rakyat Umno/BN…



Anuar Omar
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara

Umno/Barisan Nasional tidak lagi mampu menang Pilihanraya Umum ke-13, malah kata Tun Daim Zainuddin, BN hanya selamat di Melaka, Pahang dan Johor. Selain tidak mampu memberi saingan kepada Pakatan Rakyat untuk 115 kerusi parlimen.

Komitmen Pakatan Rakyat dengan teori mencongak sifir kerusi Parlimen, mereka cukup yakin untuk melangkah ke Putrajaya selepas PRU 13 ini.

Ditambah dengan kebangkitan rakyat yang semakin membara dan semangat anak muda yang meluap-luap untuk melakukan reformasi dan perubahan dalam PRU akan datang tidak mampu dihalang.

Acapkali, anak muda sering bertanya, bila Pilihanraya akan berlangsung?, seperti biasa jawapan penulis, itu kena tanya Rosmah. Tapi penulis yakin, Najib ataupun Rosmah masih belum mempunyai tarikh tepat untuk mengumumkan pembubaran Parlimen.

Senario politik mutakhir ini sangat meruncing, ditambah dua ‘orang kuat Sabah’ iaitu Lajim Ukin dan Wilfred Bumbering, masing-masing dari Umno dan Upko mengistiharkan keluar parti dan menyokong Pakatan Rakyat.

Jika dilihat kepada sifir Pas dan PKR, di Sabah sahaja mereka boleh memperoleh sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen dan lebih 20 Kerusi DUN pada PRU 13 nanti.

Bukan sahaja rakyat yang sudah menyampah dengan Umno/BN, malah dikalangan ahli dan pemimpin mereka sendiri telah muak ‘berjuang’ didalam parti yang hampir reput itu.

Justeru, Tawaran Hebat ini terbuka kepada semua ahli dan penyokong Umno/BN supaya keluar parti beramai-ramai sebelum PRU akan datang dan pasti anda akan mendapat ganjarannya.

Ganjaran pertama, nama saudara/saudari akan terpahat sebagai pejuang revolusi menumbangkan rejim zalim Umno/BN selain menjadi wira yang menyelamatkan Negara daripada ‘dilingkupkan’ oleh pemimpin atasan Umno/BN bersama kroni-kroninya.

Ganjaran kedua, anda bakal mempunyai generasi yang lebih baik berbanding dengan generasi hari ini yang sering ‘dijamu’ dengan hiburan berbanding program berbentuk hiburan sehingga mereka ini lebih lapar nafsu daripada perut mereka.

Seterusnya, mereka yang meninggalkan Umno/BN dapat menyelamatkan harta Negara dari terus dirompak kroni dan mereka yang berjawatan dalam Umno/BN kerana kita tidak mempunyai masa hingga ke PRU 14 untuk menyelamatkan Malaysia.

Justeru, kita tidak mempunyai jalan lain selain menyertai Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN. Kita tidak perlu lagi bersembunyi di belakang pokok menyatakan sokongan kepada PR.
Kita harus keluar dari kelompok itu dan terus berjuang menyelamatkan Negara kita sepertimana datuk-nenek kita dulu bangkit menentang penjajah. Umno/BN kita boleh dikategorikan sebagai ‘anak penjajah’ yang sedang merompak kekayaan Negara kita.

Ayuh semua, kita harus berada di barisan hadapan untuk menumbangkan Umno/BN kerana masa yang suntuk ini kita gunakan sebaik-baiknya. Tak mungkin peluang sebegini akan datang lagi dan tak mungkin semua kekayaan Negara telah hilang barulah kita tergadah.

Berjuanglah demi masa yang sesuntuk ini demi masa depan yang lebih baik untuk anak cucu kita di masa hadapan. Hanya kita yang boleh menyelamatkan Negara kita.


Artikel berkaitan:
MPN patut cadang PM buang nama penggundi ragu jika yakin menang PRU 13

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus