02 March 2012

DHPP kagum idea "Timb Presiden PAS bukan Islam"

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini menganggap cetusan Dr Dzulkifly Ahmad mengenai "Timbalan Presiden PAS bukan Islam" sebagai satu pandangan yang jauh demi mengarusperdanakan parti Islam berkenaan.

“Saya anggap kenyataan Dr Zulkifli Ahmad (ahli parlimen PAS Kuala Selangor) untuk membuka ruang orang bukan Islam menjadi Timbalan Presiden sebagai berpandangan jauh.

“Kalau PAS nak jadi parti arus perdana di negara ini dan juga peringkat antarabangsa, PAS harus fikir ke arah itu," kata pengerusinya Hu Pang Chow.

Disebabkan itu, beliau berpendapat cadangan Dzulkifly yang juga AJK PAS Pusat itu sekadar cetusan pemikiran.

“Buat masa ini, orang Cina dan India tidak boleh jadi Timbalan Presiden PAS kerana syaratnya mesti orang Islam. Syarat ini kena ubah tetapi tidak ada orang  yang mahu ubah syarat itu," ujatnya.

Beliau bagaimanapun berkata, idea itu mungkin awal untuk direalisasikan sekarang walaupun sokongan bukan Islam melalui DHPP hakikatnya menuntut sedemikian.

“Kalau PAS tidak membenarkan orang bukan Islam menjadi Timbalan Presiden, bagaimana PAS hendak membela mereka?

“DHPP duduk di luar saja, kita tidak boleh buat apa-apa,  jadi tidak ada masalah lantik dua orang Timbalan Presiden PAS, iaitu  seorang khusus untuk orang Islam dan seorang lagi untuk bukan Islam,” katanya.

Pun begitu, cadangan Dzulkifly itu mengundang perbezaan pendapat daripada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama) dan Nasruddin Hassan at-Tantawi (Ketua Pemuda).

Dalam wacana politik di Shah Alam Selasa lalu, Dr Dzulkifly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor digambarkan beberapa media arus perdana  sebagai kononnya cuba menjadikan bukan Islam sebagai timbalan presiden PAS sebagaimana yang dilakukan oleh Ikhwan Muslimin di Mesir. -END


Artikel berkaitan:

Dr Dzulkifly Ahmad: Penjelasan Polemik Wacana Sinar Harian
Jangan jadi 'tua' dalam isu 'Timb Presiden PAS bukan Islam' *
Respons Nota Kecil mengenai isu 'Timb Presiden PAS bukan Islam'


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus