02 March 2012

Respons Nota Kecil mengenai isu 'Timb Presiden PAS bukan Islam'

Pendapat | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) baru-baru ini turut menerima pengaruh daripada ijtihad di lapangan (al-ijtihad al-tanzili) Ikhwan Muslimin Mesir melantik tokoh Kristian Koptik bernama Dr Rafiq al-Habib sebagai timbalan presiden dalam partinya (Parti Al-Huriyyah wal Adalah, PJF).

AJK Pas Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad digambarkan cuba membawa al-ijtihad al-tanzili terbaru Ikhwan Muslimin itu ke dalam jamaah Islam PAS.

Selepas digamit beberapa kontroversi di media-media arus perdana, Dzulkifly bagaimanapun membuat penjelasan lanjut mengenai di blognya.


Rakyat Mesir kira-kira 87 juta. 80 peratus dikatakan muslim manakala hampir 20 peratus majoritinya adalah Kristian Koptik.

Mungkin mengambil kira semua komposisi itu, maka Ikhwan Muslimin melakukan sesuatu ijtihad yang sebenarnya tidaklah salahpun jika dirujuk pada dalalah nas; baik al-Quran atau al-Hadith.

Menurut disiplin fiqh yang asas sekalipun, larangan memilih pemimpin bukan Islam di dalam al-Quran serta hadith mempunyai mutlaq dan muqayyad-nya.

Jika tidak bersetuju dengan idea futuristik Dr Dzulkifly sekalipun, lebih elok tidak menggunakan hujah-hujah literalis yang jauh dari suluhan fiqh al-Islami.

Buka apa-apa, pendiri JATi Dr Hasan Mohamad Ali dan Fathul Bari (Ulama Umno) acapkali menggunakan hujah-hujah literalis untuk mempertahankan pandangan masing-masing.

Maka, saya bimbang mereka yang menolak idea Dr Dzulkifly tanpa hujah rasional dan ilmiah (fiqh) dikaitkan dengan grup Hasan atau Fathul Bari pula. Lahirlah dakwaan "HasanAlinas" kelak.

Jika benar Ikhwan menuntut al-ijtihad al-tanzili sedemikian dengan mengambil kira realiti masa, tempat dan kondisi (zuruf/waqi') pilihan raya yang dihadapinya awal tahun lepas, PAS dalam konteks Malaysia sepatutnya dituntut lebih dari itu.

Ini kerana, komposisi bukan Islam di negara ini jika dihitung pada nama Melayu sahaja sebenarnya hampir 50 peratus dari keseluruhan rakyat Malaysia.

Setuju?

Wallahu 'alam.

1 comment:

  1. aku rasa persoalan mcm ni nanti-nantilah kita bincang , jatuhkan umno dulu

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus