17 August 2015

Bicara kes roboh Pasar Perai 18 Sept. – YDP MPSP

WAJAH sebahagian struktur Pasar Perai yang dirobohkan oleh kontraktor pemaju di sini baru-baru ini. | Foto: Internet.
P. Ramasamy bersama pasukannya di pintu gerbang masuk Pasar Perai, yang terukir pembinaannya pada tahun 1938. | Foto: arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Kes perobohan sebahagian struktur Pasar Perai yang berusia 76 tahun serta mempunyai nilai warisan sejarah tersendiri dengan tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan didengar di Mahkamah Majistret Butterworth pada 18 September ini.

MAIMUNAH Mohd. Sharif (kanan) dan Rozali Mohamud.
Demikian maklum balas Yang di-Pertua Majlis MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif kepada wartawan.

“Dia (pemaju) tidak memohon apa-apa (Pelan Rancangan Pembangunan) projek pun di tapak tersebut, cuma dia meruntuhkan pasar lama tersebut.

“Kalau mengikut undang-undang, memerlukan kelulusan daripada majlis (MPSP), tetapi kerja-kerja dia ini tiada kelulusan, maka, kita (MPSP) bawa ke mahkamah,

“Kita (MPSP) mengambil tindakan tegas di bawah dua akta, (iaitu) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974),” jelas Maimunah pada sidang media di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Majlis bagi MPSP, Sr. Rozali Mohamud.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri II, Prof P. Ramasamy pada awal bulan Jun lepas menegaskan, Wellwish Concept Sdn. Bhd. sepatutnya tidak merobohkan Pasar Perai tersebut tanpa kebenaran MPSP, sungguhpun pemaju terbabit berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk mengosongkan tanah tersebut.

Lagipun katanya, MPSP telahpun mengeluarkan perintah larangan kerja-kerja kepada pemaju berkenaan.

Tambah Ramasamy, sepatutnya bangun tersebut tidak terus diroboh memandangkan Kerajaan Negeri sedang mempertimbang cadangan untuk mewartakan bangunan Pasar Perai yang dianggapmempunyai nilai-nilai warisan.

“Langkah injuksi yang dilakukan secara pentadbiran oleh Kerajaan Negeri dan MPSP sebenarnya adalah mendekati tuntutan Akta Warisan Kebangsaan, 2005, iaitu melarang bangunan berusia melebihi 100 tahun dari dirobohkan, untuk dipulihara sebagai warisan negara,” tegas Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai bersama-sama peguambela, Pamela Vijayrani.

Dua Ahli Majlis MPSP, P. David Marshel dan M. Satees turut menyertai sidang media tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan, Wellwish Concept turut mengfailkan saman pemula kepada beberapa pihak berwajib, yang didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 Julai lalu.


BERITA BERKAITAN:
TKM II syor Pasar Perai jadi bangunan warisan

Kerajaan P.Pinang akan tindak isu roboh Pasar Perai – Ramasamy

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus