05 June 2015

Kerajaan P.Pinang akan tindak isu roboh Pasar Perai – Ramasamy

P. Ramasamy (berbaju putih) yang diiringi oleh wakil pembelaan Pamela Vijayrani (berbaju kotak-kotak) sedang meneliti domumen saman pemula daripada tuan tanah, Wellwish Concept Sdn. Bhd. di pintu masuk utama Pasar Perai, pada bulan Jun tahun lepas.
WAJAH sebahagian struktur Pasar Perai yang dirobohkan oleh kontraktor pemaju di sini baru-baru ini. | Foto: Internet.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERAI - Sebahagian struktur Pasar Perai yang berusia 76 tahun serta mempunyai nilai warisan tersendiri telahpun dirobohkan oleh sebuah syarikat pemaju baru-baru ini, walaupun mendapat injuksi daripada Kerajaan Negeri serta Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Timbalan Ketua Menteri I, Prof. P. Ramasamy berkata, pemaju sepatutnya tidak melakukan sedemikian, walaupun mereka berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk mengosongkan tanah tersebut pada bulan Jun tahun lepas, memandangkan ada perintah larangan kerja daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sendiri.

"Saya telah mengarahkan majlis (PBT) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu (kerana) kerajaan negeri mewartakan bangunan sekitar pasaran Prai, yang telah dikenal pasti sebagai sebuah bangunan yang mempunyai nilai warisan.

"Mereka (pemaju) mula kerja-kerja merobohkan bangunan semasa hujan lebat ketika tidak ada seorang pun di sekitar kawasan ini,” tegas Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Dua Ahli Majlis bagi MPSP, M. Satees dan P. David Marshel turut menyertai sidang media itu.

Terdahulu, Ramasamy mendesak tidak sebarang perobohan ke atas bangunan yang mempunyai nilai warisan itu, sementara menunggu proses saman pemula daripada tuan tanah, Wellwish Concept Sdn. Bhd. didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 Julai tahun lepas.

Menurut Ramasamy, langkah injuksi yang dilakukan secara pentadbiran oleh Kerajaan Negeri dan MPSP sebenarnya adalah mendekati tuntutan Akta Warisan Kebangsaan, 2005, iaitu melarang bangunan berusia melebihi 100 tahun dari dirobohkan, untuk dipulihara sebagai warisan negara.

Ramasamy memberitahu, Pamela Vijayrani akan mewakili pihak pembelaan untuk meneliti dokumen saman pemula semala daripada tuan tanah, semasa itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus