USiA semuda 24 tahun, bekas mahasiswa University of Prince Chulalongkorn sudah memikul tanggungjawab penting di TMTV atau Televisyen Melayu TV di Wilayah Selatan Thai.
Dua tahun pengalaman bekerja dalam arena broadcasting melayakkan Badree Zakaria, 24, memikul taklifan sebagai editor di syarikat penyiaran tersebut.
Mula-mula saya ingat TMTV adalah televisyen capaian internet seperti TvPAS atau TvSelangor di tanah air ini, rupa-rupanya tidak.
The Central Mosque of Songkhla.
|
Menurut Badree, ada empat channel televsiyen Islamis ditubuhkan dalam kurang lima tahun ini, TV Muslim (2006), TMTV (2012), White TV (2012) dan Yatim (2012).
"Semua channel ini boleh (dicapai) di rumah-rumah macam TV3. Tiga bulan lagi, TV Jemaah akan ditubuhkan di bawah (kendalian) The Central Mosque of Songkhla," ujar Badree, sambil menjemput semua delegasi NGO Infak Kebajikan Ummah Takaful (I.K.U.T) Malaysia Mewakili Suara 10K Reverts Pulau Pinang ke majlis pelancaran yang akan dimaklumkan kelak.
The Central Mosque of Songkhla cukup indah, saling tak tumpah macam binaan ajaib Taj Mahal, kata Penasihat I.K.U.T kepada saya.
Pengerusi NGO Pembela Anak Yatim Mutiara Infaq Malaysia, Ustaz Izham dan seorang lagi pemimpin PAS Kawasan dekat Pulau Pinang yang turut menyertai delegasi I.K.U.T masing-masing turut mengambil sedikit masa menikmati keindahan seni bina The Central Mosque of Songkhla.
Menurut neratif komuniti setempat, urusan pernikahan pasangan Islam, termasuk yang 'kahwin lari' dari Malaysia dilangsungkan secara sentralisasi di 'Taj Mahal' ini, tiada lagi disentralisasi kerana banyak sindikit 'tipu nikah' belakangan ini di sini.
"Kalau ada paspot perjalanan yang sah, kami akan urus semua dengan kedutaan Malaysia di sini dengan kos 'kahwin lari' RM880 sahaja," seloroh salah seorang ahli jemaah masjid di sini.
Pertemuan tertutup I.K.U.T dengan tim TMTV malam tadi antara lain membincangkan mengenai perkongsian kepakaran dakwah kepada mereka yang belum Islam membabitkan kedua-dua negara. Menarik!
Zolkifly yang juga AJK PAS Pulau Pinang turut berbincang mengenai perkembangan partinya dan pergerakan parti politik dakwah Thai, Paradonphab Party (PDP) di sini.
KEBEBASAN MEDIA
Dalam perjalanan ke Hatyai, macam-macam perkara bersarang dalam pemikiran saya.
Di Thailand, banyak channel mesra pembangkang pun boleh mendapat lesen daripada Kerajaan Thailand.
Namun, di Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri dilaporkan nekad mengfailkan saman kepada portal berita bebas Malaysiakini.com.
Grup Islamis yang tidak mesra dengan Bangkok pun turut diberi ruang untuk memanfaatkan pergerakannya menerusi empat channel Islamis, sebagaimana saya sebut sebelum ini.
Klik Malaysiakini ke pautan asal. |
Grup Islamis yang tidak mesra dengan Bangkok pun turut diberi ruang untuk memanfaatkan pergerakannya menerusi empat channel Islamis, sebagaimana saya sebut sebelum ini.
Malaysia, khususnya Pulau Pinang, nak mengembalikan semula pilihan raya Kerajaan Tempatan pun nampak acuh tidak acuh dari Putrajaya.
Lebih malang, seorang Ahli Majlis DAP bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) secara tidak segan silu turut menghalang kempen Aku Janji Pilihan Raya Kerajaan Tempatan yang dilakukan oleh beberapa NGO Pulau Pinang di Town Hall George Town baru-baru ini.
Kempen yang dilakukan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) dan beberapa NGO lain itu sebenarnya turut terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat.
Malah, impian Pakatan Rakyat itu telahpun menjadi sebuah Enakmen, dan terus dihalang oleh Putrajaya sehingga kini.
Pun begitu, lensa kamera saya sempat merakamkan beberapa Ahli Majlis MPPP yang menyokong projek pendemokrasian kerajaan tempatan ini.
Mereka, Mhd Nasir bin Yahya (PAS), Ahmad Azrizal bin Tahir (PKR), Ahmad Azrizal bin Tahir (PKR), Kumaresan a/l Aramugam (PKR), Francis a/l Joseph (PKR).
Koordinator PSM, Julius Choo Chon Kai yang dihubungi sebenar tadi mengsahkan, ada seorang lagi Ahli Majlis MPPP ras Cina dari PKR, turut menyokong, tetapi tidak dikenal pasti namanya.
Semua Ahli Majlis (bagi) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) boleh menurunkan tanda tangan Aku Janji ini, mengapa Harvindar Singh a/l Darshan Singh dikhabarkan boleh menghalang Ahli Majlis MPPP lain dari partisipasi dengan kempen NGO berkenaan?
"DAP telah melakukan terbaik untuk menyuburkan demokrasi tempatan, tetapi ada Ahli Majlisnya gagal menghayati impian demokratik tersebut," kata saya, membalas masej peribadi (PM) Chon Kai di facebooknya.
Kempen Aku Janji Melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan yang dilangsungkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM), Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa
Thailand dalam sembilan pilihan raya. 'SPR Thai' sendiri secara bebas menyediakan pentas dll untuk semua pilihan raya dari peringkat federal sampai pemilihan ketua kampung.
"Demokrasi berpilihan raya pun Thailand 'di depan', kebebasan media pun Malaysia dilihat ketinggalan. Mengapa?," tanya saya.
Mengapa Bebas?
Isu kebebasan media Thai yang saya bangkitkan sebenarnya pernah dibincangkan antara PAS dan beberapa pemimpin NGO Islam di sini lima tahun lepas, respons Zolkifly.
Menurut Zolkifly, keempat-empat media Islamis Thai boleh hidup dengan sendirinya, disebabkan sponser besar-besaran dari bilionair Arab Saudi yang didalangi oleh Amerika Syarikat, demi menghalang dominasi pengaruh Syiah di Selatan Thai semasa itu.
SERONOK berjalan kaki di Sadao |
"Aktivis Islamis Thai sendiri mengaku yang sumber dana media mereka ditaja oleh orang kaya Arab Saudi yang didalangi oleh Amerika Syarikat.
"Mereka (kaum wartawan dan aktivis Islamis Thai terbabit) ambil (tajaan asing) itu, kerana mereka pun ada kepercayaan yang sama macam Amerika Syarikat dan Arab Saudi, iaitu Syiah semakin kuat. Syiah kuat, ertinya (pengaruh) Iran kuat di sini (Selatan Thai).
"Saya pernah tanya lebih lima tahun lepas, boleh tunjuk tak satu masjid dan satu kubur (yang dikuasai Syiah) kalau dah kata Syiah kuat?
"Tetapi, mereka semua terdiam buntu atas sangkaan tanpa asas yang mereka cipta itu sendiri sampai sekarang," respons Zolkifly Md. Lazim yang juga Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh.
Saya, Ustaz Izham dan seorang lagi orang lama PAS Negeri masing-masing setuju dengan latar belakang sosio-politik Islamis di Thailand ini.
Hatyai 'mati'
Menjelang Isyak waktu tempatan, kami singgah ke Hatyai. Hatyai merupakan antara syurga membeli belah aksesori mudah.
Zolkifly nak membeli 'kelambu tidur' di Downtown katanya.
Hampir semua rumah kedai tutup awal.
Pelacur yang mengejar kami di lorong-lorong kecil bukan sahaja di sini sampai meletak harga termurah, sebab pelanggan seks tidak ramai belakangan ini.
"Allahum mainni aa'uzibikamin fitnatin nisa', wa 'azabi al-qabri wa 'azabi an-nar..."
Kawan-kawan semua ketawa apabila saya membaca doa ini kuat-kuat sebelum mereka pakat-pakat mengusik saya yang dah lama 'puasa' nih.
Cukup menginsafkan melihat Hatyai 'mati'.
Nampak tragedi letupan yang dikaitkan dengan gerakan subversif di tengah-tengah Pekan Hatyai pada awal bulan Mei lepas meninggalkan kesan yang mendalam sampai sekarang.
"Bagi lesen TV untuk semua pihak mungkin bertujuan untuk memastikan semua pihak lebih cenderung kepada langkah demokratik, berbanding amalan subversif," seloroh saya.
Berkenan di hati
Melintasi Thailand, ada terdetik juga nak buka 'cawangan baru' walaupun diri sendiri sebenarnya tidak layak pun.
Apabila saya kata gadis-gadis Islam di sini cantik belaka macam orang Pasir Mas Kelantan, saya diberitahu bahawa gadis Islam Petani lagi cantik.
"Depa (mereka) makan apa sampai begitu cantik dan berkenan di hati," seloroh saya.
Hatyai 'mati'
Menjelang Isyak waktu tempatan, kami singgah ke Hatyai. Hatyai merupakan antara syurga membeli belah aksesori mudah.
Zolkifly nak membeli 'kelambu tidur' di Downtown katanya.
Hampir semua rumah kedai tutup awal.
Pelacur yang mengejar kami di lorong-lorong kecil bukan sahaja di sini sampai meletak harga termurah, sebab pelanggan seks tidak ramai belakangan ini.
"Allahum mainni aa'uzibikamin fitnatin nisa', wa 'azabi al-qabri wa 'azabi an-nar..."
Kawan-kawan semua ketawa apabila saya membaca doa ini kuat-kuat sebelum mereka pakat-pakat mengusik saya yang dah lama 'puasa' nih.
Cukup menginsafkan melihat Hatyai 'mati'.
Nampak tragedi letupan yang dikaitkan dengan gerakan subversif di tengah-tengah Pekan Hatyai pada awal bulan Mei lepas meninggalkan kesan yang mendalam sampai sekarang.
"Ada kata, sindikit dadah mendalangi tragedi itu, ada kata Polo. Akhirnya kaum peniaga yang terpaksa tanggung kesan berantai sampai hari ini," respons Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang.
Bagi saya, langkah Bangkok menyuburkan amalan demokrasi, termasuk membeli lesen penyiaran televisyen secara terbuka kepada grup-grup Islamis di sini mungkin untuk mendepani gerakan subversif.
"Bagi lesen TV untuk semua pihak mungkin bertujuan untuk memastikan semua pihak lebih cenderung kepada langkah demokratik, berbanding amalan subversif," seloroh saya.
Berkenan di hati
Melintasi Thailand, ada terdetik juga nak buka 'cawangan baru' walaupun diri sendiri sebenarnya tidak layak pun.
“...jika kamu takut tidak berlakua adil maka hanya seorang isteri."
[Surah An-Nisa': 30]
Apabila saya kata gadis-gadis Islam di sini cantik belaka macam orang Pasir Mas Kelantan, saya diberitahu bahawa gadis Islam Petani lagi cantik.
"Depa (mereka) makan apa sampai begitu cantik dan berkenan di hati," seloroh saya.
Menurut Ustaz Izham, ada tiga faktor kenapa muslimah Thailand yang kebanyakkannya mencuri perhatian saya dilihat cantik.
Satu, menurut Ustaz Izham, faktor kacukan komuniti Islam Patani dengan rumpun Indo-China.
Kedua, katanya, faktor pemakanan. Gadis Patani gemar makan makanan berasaskan pulut. Contoh, resepi "ayam pulut".
Ketiga, katanya lagi, "Sebab Faqor lama sangat 'puasa'...kah kah kah"
Teringat bulan Ramadan. Teringat satu nasihat Rasulullah S.A.W. yang menyuruh puasa.
“Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat).”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).
Kami sempat keluar sempadan Bukit Kayu Hitam sebelum tengah malam waktu Malaysia.
Alhamdulillah.
ZAiNULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Highway Corner Sg. 2 | 6 Jun 2014 | 2.16 pagi
No comments:
Post a Comment