19 May 2014

Tarif elektrik naik bebankan semua, tarif air P.Pinang naik hukum pembazir sahaja :Dyana Sofya

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Ustaz Idris Ahmad (Timbalan Ketua Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan PAS Pusat) serta pemimpin PAS lain pada Hari Penamaan Calon PRK Teluk Intan pagi ini, sebagai menyokong calon DAP Dyana Sofya Mohd. Daud. 

ULASAN BJ FAQAR
ADA pemuda pro Kerajaan Perpaduan (UG) masih menyebarkan kebencian serta prejudi mereka terhadap DAP disebabkan parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak sependapat dengan PAS dalam isu 'Shariah Kelantan' baru-baru ini.

Mereka mendakwa, DAP Pulau Pinang 2x5 semacam Umno di Putrajaya juga apabila menaikkan tarif air negeri sama, sama seperti pentadbiran Najib menaikkan harga petroleum, dan terbaru tarif elektrik.

Semua rakyat terpaksa menanggung kesan berantai ekoran kenaikkan tarif elektrik yang kononnya untuk menyelamat kepentingan TNB, (walhal subsidi untuk kroni IPP dianggarkan lebih RM8 bilion tiap-tiap tahun).

Semua rakyat terpaksa menanggung kesan berantai ekoran kenaikan harga minyak petroleum kononnya untuk menangani penyeludupan bahan bakar negara di sempadan, (walhal sepatutnya kawalan keselamatan tanah air di sempadan patut diperketatkan).

PBAPP perjelas punca purata tarif air domestik naik 20 peratus dan kesan berantainya hanya ditanggung oleh pembazir air sahaja, bukannya semua rakyat.

Pemuda Umno yang pro Kerajaan Perpaduan tak perlu memanipulasi PAS lagi kerana ahli-ahli parti masa depan itu bijak dan akan memberi sokongan padu kepada calon DAP Dyana Sofya sempena PRK Teluk Intan.

Isu seakan nampak sama, tapi jelas berbeza.

Setuju?


Jimat air depani El Nino, ucap TYT sempena buka DUN P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

T.Y.T. Tun Abdul Rahman Abbas (seragam putih) membuat semakan perbarisan sempena istiadat pembukaan DUN Pulau Pinang, pagi tadi. | Foto: Buletin Mutiara

GEORGE TOWN - Yang Di-Pertuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Abdul Rahman Abbas berharap rakyat lebih berjimat-cermat dalam menggunakan air pada musim kemarau El Nino yang dijangka melanda Asia Tenggara mulai pertengahan tahun ini.

Beliau berucap demikian pagi tadi, sempena Perasmian Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-13 Negeri Pulau Pinang di sini.

“Marilah kita sama-sama mengurangkan penggunaan air bagi menghadapi musim kemarau ekoran El Nino tanpa melaksanakan sebarang catuan air,” ujar beliau di DUN Pulau Pinang di sini.

Dalam ucapan pembukaannya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Air Pulau Pinang (PBAPP) kerana berjaya tidak melaksanakan catuan air sebagaimana Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Taiping (dekat Perak) terpaksa melaksanakannya.

Beliau turut menyokong langkah meningkatkan tarif air domestik dan perdagangan negeri sebagaimana disyor Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dengan mengekalkan tarif air domestik terendah berbanding negeri-negeri lain, iaitu RM0.32 per meter kubik untuk 35,000 liter pertama sebulan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut merakamkan penghargaan kerana Pulau Pinang berjaya mengekalkan kedudukan negeri paling besar menyumbang pelaburan luar negeri (FDI) kepada negara, iaitu sebanyak RM19.7 bilion dari tahun 2010 sehingga Ogos 2013.

Difahamkan, FDI Pulau Pinang dalam tempoh tersebut adalah menyamai  20 peratus daripada keseluruhan jumlah pelaburan asing (FDI) di Malaysia.

“Saya percaya peningkatan jumlah pelaburan ini adalah kesan daripada tadbir urus baik CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus) menerusi kedaulatan undang-undang, kepimpinan berintegriti dan pembekalan modal insan yang terlatih,” ujar Tun Abdul Rahman lagi.

DUN dijadual bersidang mulai 19 hingga 22 Mei ini.



No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus