SOALAN:
The Malaysian Insider melaporkan PAS ‘bergelora’, menantu Hadi gelar Nizar ‘sangat bodoh’ dalam krisis Umno Terengganu. Bolehkan anta ulas?
[WhatsApp AJK PAS Pulau Pinang]
JAWAPAN:
Umumnya, perasaan manusia tidak boleh dijadikan sumber hukum.
Ini kerana, sumber hukum syarak ada empat. Al-Quran dan Sunnah adalah sumber qat'i. Manakala, Qiyas dan Ijmak adalah sumber dzonni.
Pun begitu, perasaan atau lebih tepat disebut sangkaan, bukan semuanya adalah buruk, berdosa dan (boleh dipanggil) "very stupid".
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"...sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."
[Surah al-Hujraat:12]
Berdosa bagi mereka yang berbuat sangkaan tanpa asas. Ahli Fekah memanggilnya sebagai "waham".
Contoh "waham" antaranya, percaya Umno ikhlas untuk melaksanakan Shariah Kelantan, walhal usul PAS terang-terang ditolak di DUN Terengganu baru-baru ini.
Pun begitu, ulamak fekah menerima sangkaan berasas (dzon) dan sangkaan berasas yang kuat (ghalabatuz dzon), sebagaimana istidlal pada nas dia atas - "...sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."
Dzon dan ghalabatuz dzon boleh mendekatkan mukallaf pada maksud keyakinan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin (yadhunnu) bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka..."
[Surah Al-Baqarah:46]
Dzon dan ghalabatuz dzon adalah penutup pada pintu keraguan atau "waham".
Dzon dan ghalabatuz dzon akan membantu mukallaf membuka pintu keyakinan, sebagaimana kaedah fiqh menyebut:
Al-aslu baqa'a ma kana 'ala al-makan
Al-yaqinu la yuzal bil yaqini mislihi
Daq' ma yuribuka illa ma la yuribuka
Maka tidak hairanlah, sangkaan (baca: dzon dan ghalabatuz dzon) juga disebut sebagai firasat mukmin.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Takutlah firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya daripada Allah..." [riwayat Termizi]
Menurut Ibnu Abbas R.A. yang bermaksud, "firasat itu ialah merenungkan hakikat sesuatu perkara."
Firasat mukmin, adalah berbeza dengan maksud waham.
Firasat berdiri atas asas seperti disiplin fiqh usul serta penyelidikan berwajib ke arah maksud yakin.
Waham menjauhi keyakinan, manakala firasat mukmin (baca: dzon, ghalabatuz dzon) mendekati maksud keyakinan.
Disebabkan itu, waham yang dimaksudkan sebagai "sebahagian sangkaan" pada maksud nas adalah buruk dan berdosa.
Disebabkan itu juga, Allah S.W.T. memuji mereka yang mempunyai firasat mukmin.
Disebabkan itu, waham yang dimaksudkan sebagai "sebahagian sangkaan" pada maksud nas adalah buruk dan berdosa.
Disebabkan itu juga, Allah S.W.T. memuji mereka yang mempunyai firasat mukmin.
“Sesungguhnya dalam hal itu ada keterangan bagi orang-orang yang memerhatikan tanda-tanda.”
[Surah Al-Hijr:75]
“Orang yang tidak tahu mengira mereka itu masih mampu (mempunyai sesuatu) kerana kesucian diri mereka (tidak mahu meminta-minta orang), kamu mengenal mereka dengan tanda-tanda mereka.”
[Surah Al Baqarah: 273]
“Dan kalau Kami mahu niscaya mereka (yang beriman palsu) itu, Kami perlihatkan kepadamu, sehingga engkau dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya, dan engkau dapat mengenal mereka dari apa yang tersirat di dalam kata-kata mereka.”
[Surah Muhammad: 30]
Sungguhpun Firasat Mukmin tidak boleh dijadikan sumber hukum, tetapi boleh diambil pengajaran ('ibrah) daripada anugerah Allah itu.
Selain anugerah Allah, firasat mukmin ini boleh dicapai melalui pengalaman beragama, bacaan, penyelidikan perpustakaan, kajian di lapangan, risikan, unjuran politik, fiqh tawaqquq, pre-mortem, logika dll.
Selain anugerah Allah, firasat mukmin ini boleh dicapai melalui pengalaman beragama, bacaan, penyelidikan perpustakaan, kajian di lapangan, risikan, unjuran politik, fiqh tawaqquq, pre-mortem, logika dll.
Sebuah hadis shahih riwayat Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w dalam Hadis Qudsinya iaitu:
“Tiada seorang hambaKu yg mendekatkan dirinya kepadaKu seperti mengerjakan apa yang Ku-fardukan ke atasnya, dan selama hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan Nawafil (amalan-amalan sunat) sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku mencintainya menjadilah Aku pendengaranya yang dia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang dia melihat dengannya, dan tangannya yang bertindak dengannya, dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Maka dengan Aku dia mendengar, dengan Aku dia melihat, dan dengan Aku dia bertindak, dan dengan Aku dia berjalan.”
Justeru, tak perlulah dipertajamkan mengenai perbezaa firasat mukmin Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung krisis Umno dalam Kerajaan Negeri Terengganu.
Ini kerana, firasat mukmin Nizar itu seperti kebanyakan pemimpin serta ahli PAS lain, yang berdiri atas sangkaan awam sedia ada tertanam dalam fikiran masing-masing, iaitu PAS pernah berhasrat untuk bergabung dengan Umno atas nama Kerajaan Perpaduan (UG), sebelum ini.
Di samping itu, anggaplah "Very Stupid" yang diconteng oleh Ustaz Zaharuddin Mohamad di dinding Facebook beliau sebelum ini pun adalah amarah yang murni, iaitu demi memulihara imej ayah mertuanya yang juga Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Semoga PAS terus dipelihara daripada waham kononnya Umno ikhlas nak melaksana Shariah di Terengganu dan Kelantan kerana ia nyata menjauhi maksud firasat mukmin.
Setuju?
ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Bukit Mertajam | 19 Mei 2014 | 4.53 pagi
No comments:
Post a Comment