31 March 2014

MPSP ambil alih operasi bersih sasar jimat dana - Maimunah

MAIMUNAH Mohd. Sharif (paling kiri) menjelaskan kepada wartawan mengenai proses MPSP mengambil alih operasi pembersihan di Seberang Perai, sambil diperhati oleh Setiaushaa MPSP, Rozali Mohamud (dua dari kiri) serta dua Ahli Majlis, Tan Cheong Heng (tiga dari kiri) dan Rezal Huzairi Md. Zaki (paling kanan) di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG PERAI - Pengambilalihan semula operasi mengutip sampah dan kerja-kerja pembersihan secara berperingkat mulai awal tahun ini diharap dapat menjimatkan sumber dana Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Menurut Maimunah, RM74 juta atau 32 peratus daripada keseluruhan RM227 juta bajet MPSP pada tahun ini diperuntukan untuk kerja-kerja mengurus operasi pembersihan di Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

"Di Bandar Kawasaki (dekat Jepun), hanya 4 peratus daripada bajet (pihak berkuasa tempatan, PBT) diperuntukan untuk kerja-kerja pembersihan.

"Kita, 32 peratus...usaha menjimatkan sumber ini boleh berjaya jika mendapat kerjasama pelanggan (orang awam).

“(Atas maksud itu,) dari jumlah asal sebanyak 55 kontraktor, kita telah tamatkan 23 (kontraktor) secara berperingkat,” jelas Maimunah dalam majlis khusus kepada wartawan di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSP Kali Ke-477 Bil.3/2014.

Demi menguruskan operasi pembersihan di Seberang Perai, katanya lagi, MPSP baru mengambil kira-kira 500 kakitangan baru dan akan mengambil 335 lagi pekerja untuk mencukupkan bilangan 2,469 kakitangan PBT itu pada hujung tahun ini.

“335 lagi akan ditemuduga dan diambil dalam pertengahan bulan Ogos-Disember ini,” jelas Maimunah.

Difahamkan, MPSP bertanggungjawab mengurus kebersihan di ketiga-tiga daerah, yang berkeluasan 738 kilometer persegi (KM²).

Dari keseluruhan kira-kira 897,600 warga Seberang Perai, 295,082 orang direkodkan sebagai pelanggan yang membayar cukai kepada MPSP pada tahun lepas.

“Sebagai PBT, jika masalah sampah, longkang, rumput (panjang) dan lampu jalan boleh diselenggara (secara) paling baik, MPSP akan memenuhi mutu pelanggan,” ujar Maimunah.


Berita berkaitan:
MPSP kempen jayakan Earth Hour 2014 Sabtu ini
Portal MPSP dapat lagi penarafan lima bintang!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus