YEOH Soon Hin |
Dikemaskini 11.15 pagi 10 Dis. 2013 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin mencadangkan
pembeli rumah kos rendah (KR) dan kos sederhana rendah (KSR) yang menyewa
primis kediaman mereka kepada buruh asing disenaraihitamkan (black listed) seumur hidup di negeri
ini.
Menurut beliau,
langkah itu dapat melengkapkan perancangan Kerajaan Negeri melaksanakan dasar
perumahan baharu negeri, iaitu larangan pindah milik rumah yang dibina oleh kerajaan
dalam tempoh 10 tahun dari tarikh perjanjian jual beli dilakukan, selain,
larangan serupa untuk rumah yang dibina oleh pihak swasta dilanjutkan daripada
tempoh lima tahun pada 10 tahun.
Dasar baru itu
demi memastikan penjualan rumah dalam tempoh 10 tahun ini adalah kepada pembeli
tersenarai (listed buyer).
"Saya
mencadangkan undang-undang baru yang lebih ketat dilaksanakan.
"Dengan
hukuman yang lebih keras, termasuk ke atas pasangan (kepada pemilik rumah) akan
dapat menghalang rumah kos rendah dan sederhana rendah dari disewa kepada pihak
ketiga (buruh asing)," ujar Soon Hin semasa sesi perbahasan Bajet 2014 di
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
Dalam
perkembangan sama, Soon Hin turut menyokong langkah pentadbiran Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng melaksanakan tiga peratus levi atau cukai khas pemilikan hartanah demi menghentikan pembelian
spekulatif, selain, sebagai reaksi pada keputusan Kerajaan Pusat melalui Bajet
2014 mahu menaikkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).
LAU Keng Ee |
Manakala, ADUN
Pengkalan Kota, Lau Keng Ee pula mencadangkan diwujudkan satu perkampungan khas
untuk warga asing atas nama hak asasi manusia, sekiranya mahu mengetengahkan
cadangan Soon Hin itu.
"Cadangan
ini bukan sahaja dapat memastikan pekerja asing sentiasa dalam kawalan, malahan
pula, dengan cadangan ini juga dapat menolong atau memastikan rakyat jelata
kita dapat menikmati rumah KSR atau KR yang sepatutnya diduduki oleh warganegara
kita," ujar beliau.
Bagaimanapun,
beliau tidak mengulas mengenai insiden rusuhan buruh Bangladesh di Singapura,
dikatakan, berpunca oleh peningkatan jumla warga asing di negara jiran itu.
No comments:
Post a Comment