13 February 2013

RM1 juta 'duit haram' biaya Konsert Gangdam Style disembunyi Najib Razak?


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini terus menyembunyikan tanda tanya rakyat mengenai penaja sebenar Konsert Gangdam Style, PSY sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Padang Sekolah Tinggi Han Chiang, George Town Sabtu lepas.

Menerusi laman sosial Twitter, Najib yang juga Presiden Umno berdalih, penyokong PSY yang hadir langsung tidak dikenakan bayaran masuk.

"Persembahan Psy tidak melibatkan duit rakyat langsung. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menyaksikannya," dalih Najib, turut disiar dalam blog biaqpila.

Najib bagaimanapun tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab menanggung kos untuk persembahan artis itu.

Identiti pihak berkenaan, yang didakwa dirahsiakan itu, mencetus spekulasi memandangkan penajaan berkenaan dianggarkan melibatkan jumlah lebih RM1 juta.

Antaranya, NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mendakwa perbelanjaan tersebut merupakan tindakan membazir kerana artis berkenaan hanya menyanyikan satu lagu sahaja.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dalam kenyataannya hari ini berkata, perkara itu menimbulkan tanda tanya kerana penaya pada kebiasaannya mahu tajaan mereka diketahui. 

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Tan Chang Yeow dilaporkan memujuk Najib selepas Pengerusi Barisan Nasional Pusat itu didedah menerima ugutan sabotaj daripada Umno Negeri berkenaan. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus