13 February 2013

Insiden PSY: Chang Yeow pujuk Najib selepas diugut Umno P.Pinang?

TENG Chang Yeow
BARISAN Nasional Pulau Pinang hari ini seolah-olah cuba memujuk Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 'Insiden PSY' selepas sumber Umno Bahagian Jelutong didedah seakan cuba mengugut untuk sabotaj perdana menteri itu.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berdalih, pihaknya mengesyaki insiden sekumpulan hadirin memalukan Najib dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di padang Sekolah Tinggi Han Chiang, George Town, Sabtu lepas.

Beliau bagaimanapun tidak pula mengupas mengenai satu youtube yang didedah berhubung penyanyi Gangdam Style yang tidak muncul-muncul di pentas utama, hatta timbul tanda tanya adakah PSY sendiri sabotaj majlis Yee-Sang Najib?

Chang Yeow tidak berpuas hati dengan youtube penyokong PSY yang menyebut 'Yes!' semasa ditanya 'Are you ready for PSY?' dalam tiga laungan, tetapi, melaungkan 'No!' semasa ditanya 'Are you ready for BN?'.

“Bukan semua yang hadir melaungkan 'tidak'. Kita ada rakaman video yang menunjukkan sebahagian besar pengunjung melaungkan 'ya' apabila perdana menteri bertanyakan soalan itu beberapa kali.

“Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baju seperti yang disarankan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,” kata Chang Yeow semalam.

Pun begitu, Chang Yeow dalam nada acuh tidak acuh dilaporkan berkata pula, sekiranya kumpulan yang melaungkan perkataan 'tidak' itu adalah ahli mahupun penyokong BN, ia adalah satu perkara yang membimbangkan. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus