![]() |
‘MAMU Rasyid’ (kiri, duduk) yang selalu ghairah berbincang macam mana nak mempermudah birokrasi agihan Zakat Pulau Pinang kepada asnaf layak; di R&R Gurun Kedah pada malam ini (15 Julai 2025) mengasak penulis untuk perbincangan isu yang lebih berat iaitu pendirian Umno dalam kemelut isu pelantikan hakim belakangan ini. |
PADA 9 Februari 2024, kes dua wanita Islam mencabar isu perlembagaan bagi membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2018 tiada kena-mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini.
Ketua Hakim Negara yang mengetuai panel sembilan anggota Mahkamah Persekutuan pada waktu itu adalah Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Memetik sumber Malaysiakini, Tengku Maimun dilaporkan berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan terbabit mengikut batasan yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.
”Sama ada Islam atau Mahkamah Syariah dipertahan atau sebaliknya bukan persoalan di dalam kes ini,” katanya ketika membacakan penghakiman dalam kes tersebut.
Menerusi keputusan majoriti 8-1, Tengku Maimun berkata Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.
Menyorot kes, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang berasal dari Kelantan, dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman mengfailkan petisyen ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan serta menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden tunggal.
Mereka berdua mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 serta mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan terbabit kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.
Tengku Maimun berkata jika ada pihak mencabar undang-undang digubal oleh Badan Perundangan Negeri yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah atas alasan ia tidak memiliki kuasa untuk berbuat demikian dan jika Mahkamah Sivil membenarkan cabaran itu, pihak yang mencabar dan Mahkamah Sivil tidak boleh dikatakan menentang Allah kerana undang-undang yang dicabar bukanlah sesuatu yang ditentukan atau ditetapkan oleh Allah, sebaliknya Badan Perundangan Negeri.
Beliau turut berkata isu pencabaran terhadap undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri atau Badan Perundangan Negeri sepatutnya tidak dianggap sebagai Mahkamah Sivil tidak mempertahan kedudukan agama Islam atau tidak memperkasa Mahkamah Syariah.
Beliau turut berkata setakat hari ini Mahkamah Syariah di Malaysia tidak melaksanakan hukuman hudud atau qisas tetapi hanya takzir, sama seperti Mahkamah Sivil.
Lebih kurang begitulah saya memberi respons kepada Setiausaha Kehormat Yayasan Muafakat Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang (Permuafakat), Tuan Haji Mohd. Naqi bin Mat Ali atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Mamu Rashid’.
Biasa Mamu Rashid bercakap macam mana nak mempermudah birokrasi bantuan zakat kepada asnaf zakat - kerana memang itu kerja hakikinya sejak menyertai PAS dulu hingga ditaklifkan sebagai Ketua Biro Kebajikan Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Pulau Pinang.
Tetapi, pada petang tadi di kafeteria Rawat & Rehat (R&R) Gurun, Kedah, beliau seakan mempersoal pendirian politik Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang dalam isu kemelut kehakiman negara.
Barang kali, pendirian yang beliau persoalan itu adalah merujuk pada laporan berita berjudul Syor Rafizi tubuh RCI seperti nak ajar Agong, Raja-Raja Melayu peranan mereka, kata Umno.
Bukan niat saya pun untuk mempertikai keputusan mahkamah, apatah lagi nak menghina institusi mahkamah.
Dan, saya tahu, pendirian Tengku Maimun yang dilihat tidak seolah-olah tidak memihak langsung kepada beberapa kes berprofil tinggi termasuk kes SRC / Najib Razak, bagi sesetengah pihak, mungkin dianggap punca kontraknya selama enam bulan sebagai Ketua Hakim Negara tidak disambung sebelum ini.
“Ikut naratif pembangkang, kontrak Tengku Maimun yang bersara wajib setelah mencapai usia maksimum menurut Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, boleh disambung atau dilanjutkan maksimum enam bulan lagi jika diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri; kalau dilihat lebih memihak pada kes berprofil tinggi macam SRC/Najib Razak.
“Tetapi, tanpa sedar di sebalik naratif tanpa asas sebegini memperlihat pemimpin PAS sendiri seakan tidak melihat bersama di sebalik kesan berantai dalam kes ‘Nik Elin Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan’.
”Dan, kalau saya adalah ejen politik PAS yang konon-konon ikhlas mahu memartabat kedudukan Islam dan mahkamah syariah, sudah tentu saya bimbang dengan keputusan penghakiman yang dibaca oleh Tengku Maimun dalam kes tersebut.
“Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan : Mahkamah sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah; jadi takkan lah ejen politik PAS seakan tiada deria politik dalam kes Nik Elin Zarina.
“Sebagai ejen politik Umno, saya menyokong prerogatif Agong yang tak menyambung kontrak selama enam bulan lagi Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara.
”Saya juga sependapat dengan Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang yang menganggap (Datuk Seri) Rafizi Ramli seakan ‘nak tunjuk pandai’ kepada Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu apabila mencadangkan penubuhan RCI (Suruhanjaya Diraja berkaitan kemelut pelantikan hakim) baru-baru ini,” jelas saya.
Kata Mamu Rashid, pendirian Umno dalam mempertahan hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi persekutuan, bahasa Melayu dan kedudukan Majlis Raja-Raja Melayu sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan adalah jelas.
”Pendirian Umno bukan sahaja jelas memihak kepada apa hak yang Perlembagaan jamin untuk rakyat, malah secara politik semacam saddu az-azraie atau menutup pintu-pintu kerosakan yang mungkin menjejaskan kedudukan Mahkamah Syariah pada masa akan datang,” respons beliau.
Dalam nada sederhana, kata saya, baik anggota parti Umno mahupun Amanah, masing-masing ada fardhu kifayah yang kita perlu bercakap dan berdiri teguh dalam rangka keperlembagaan Malaysia.
“Orang PAS pun kawan-kawan kita juga, kalau cerita elok kepada mereka, mereka mungkin akan menilai kembali pendirian mereka dalam isu-isu berkaitan sekarang,” kata saya lagi, sambil berharap Umno boleh memimpin perpaduan rakyat terutama Melayu sungguhpun berbeza parti politik.
Sekian.
Comments
Post a Comment