Peniaga petai ‘kecewa’ dah disantuni, bila giliran ribuan Pegawai Perubatan dibatalkan penempatan nak dilayan elok?

KLIP rakaman seorang lelaki yang dihalang berniaga oleh dua penguat kuasa sampai menghempas petai ke jalan raya telah tular dan mendapat pelbagai reaksi.

Tidak ada yang mempertikaikan dua penguat kuasa dalam melaksanakan tugas mereka.

Cuma, ramai juga bertanya takkan lah langsung tidak ada budi bicara dalam diri penguat kuasa untuk menyantuni lelaki berkenaan yang hanya menjana petai dengan motosikalnya di bahu jalan?

“Saya bukan sekadar mencari barang dapur sahaja, tetapi saya nak cari sesuap nasi di negara sendiri pun susah," ungkap lelaki berkenaan kepada dua anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).





Kira-kira enam jam lepas, lama Facebook Negeri Sembilan kini melaporkan, lelaki yang kecewa dihalang menjual petai berkenaan telahpun disantuni oleh wakil rakyat dan pentadbir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

ADUN Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran; Yang Dipertua MPPD, Tuan Hasnor Abd. Hamid serta pegawai penguat kuasa berkenaan sendiri turut menyantuni lelaki ‘kecewa’ berkenaan di rumahnya.

Kata kawan, tindak-tanduk wakil rakyat serta pentadbir MPPD menunjukkan bahawa mereka sedar betapa penting untuk memulih imej pihak berkuasa berwajib apabila telah tular klip video lelaki penjual petai tersebut di media sosial.

”Pak Cik jual petai kecewa dah disantuni, bila pula giliran lebih 2,000 pegawai perubatan yang dibatalkan penempatan oleh Kementerian nak dilayan lebih wajar,” tanya seorang kawan.

Saya terdiam.

_________

P/S : Cerita proses penempatan pegawai perubatan dibatalkan saat akhir boleh dibaca di hantaran Facebook ini.

Comments