Hospital kian sesak dengan pesakit tapi program penempatan pegawai perubatan dibatalkan

BEGINILAH suasana di Jabatan Pesakit Luar kebanyakan hospital kerajaan ataupun klinik kesihatan desa di bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain bersesak menunggu untuk bertemu doktor ataupun pegawai perubatan.

Caj bertemu doktor semurah RM1, mana RM5 kalau bertemu pakar.

Lambakan pesakit yang kian menekan di hospital kerajaan memberi gambaran betapa riang mereka memilih perkhidmatan kesihatan awam di sana, berbanding di pusat perubatan swasta yang sedia maklum memerlukan caj berlipat kali ganda.

Semalam (12 Mac 2025), sepagian juga saya di Klinik Kesihatan Bandar Perda kerana perut ‘meragam’ dek puasa Ramadan.

Duduk di sebelah seorang wanita muda berbangsa Cina, beliau memberitahu saya bahawa sistem temu janji dengan menggunakan aplikasi pintar MySejahtera sangat mesra golongan muda-mudi, tetapi sedikit memberi kesulitan kepada golongan tertentu.

”Sakit gigi, kita bukan boleh jangka bila gigi kita sakit. Kalau sakit gigi, nak mencari slot ruang waktu dalam MySejahtera pun jadi payah. Sudah tunggu lama, bertemu pegawai perubatan, diberi ruang waktu susulan lain untuk rawatan gigi,” beliau merungut.

Saya mengantuk sahaja, tanpa ambil peduli dengan cetusan perasaannya itu.

Bagi saya, kalau populasi penduduk lokal kian meningkat, maka, lambakan pesakit pun takkan kian berkurangan.

Justeru, KKM perlu menambah bina baharu klinik dan hospital kerajaan mengikut jangkaan populasi penduduk yang kian meningkat

Tidak cukup setakat itu, proses penempatan pegawai perubatan baharu juga perlu ditingkatkan mengikut keperluan semasa di klinik dan hospital kerajaan.

Dwi langkah ini akan menyumbang pada memendekkan tempoh menunggu pasakit untuk bertemu doktor, di samping mengurangkan beban tugas para pegawai perubatan sedia ada yang kian menekan di kebanyakan klinik dan hospital kerajaan.

”Pengalaman membuat liputan media di Klinik Kesihatan Sementara Bandar Tasek Mutiara pada 25 Jun 2024 menyaksikan lambakan pesakit kira-kira 800 orang sehari, dengan 92 orang nisbah kepada seorang doktor perubatan,” jelas saya.

Umno sebagai sebagai parti pemerintah dalam Kerajaan Persekutuan kini wajar bercakap isu malar segar ini.

Iltizam politik Umno untuk memendekkan tempoh menunggu para pesakit di hospital dan klinik kerajaan, akan menjana sokongan pihak berkenaan semasa musim pilihan raya umum akan datang.

Begitu juga kalau Umno lantang mempersoal isu pembatalan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10 yang dibuat pada 27 Februari lalu yang konon-konon disebabkan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Sektor awam ini boleh dikatakan jalur Melayu (Malay belt) sebab ramai anak bangsa kita setia berkhidmat dalam sektor tersebut termasuk di klinik dan hospital kerajaan.

Jadi, kalau Umno tak lantang dalam isu pembatalan penempatan ribuan pegawai perubatan yang turut melibatkan bangsa-bangsa lain, takkan lah nak mengharapkan lain yang bukan berbasiskan bangsa Melayu dan citra Malaysia?

Usah bercintakan geliga di mulut naga, yang bermaksud mengharapkan sesuatu yang mustahil.

Kad Laporan Umno

Saya beritahu wanita muda berbangsa Cina yang duduk di sebelah saya semalam, bahawa sektor perkhidmatan kesihatan awam negara yang baik pasa hari ini adalah hasil pembuat polisi para pemimpin terdahulu Umno.

Pada tahun 2018 iaitu sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Seri Najib Tun Razak selalu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telahpun meluluskan sejumlah RM1.4 bilion untuk pelaksanaan 12 projek penaiktarafan infrastruktur kesihatan awam khusus untuk negeri Pulau Pinang.

Antara projek berkaitan di KKM yang dilancarkan adalah Kolej Kejururawatan Masyarakat Kepala Batas (Bertam) dengan kos RM79 juta, kuarters Hospital Pulau Pinang (RM75 juta), Klinik Kesihatan Air Putih (RM30 juta), Klinik Kesihatan Bandar Perda (RM25 juta), Hospital Seberang Jaya (RM22 juta), Klinik Kesihatan Tasek Gelugor dan kuarters (RM21.5 juta), serta naik taraf Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau (RM20 juta).

Projek lain termasuk naik taraf dua fasa Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan kos RM19.5 juta, Blok Wanita dan Kanak-Kanak di HPP (RM296.98 juta), Blok Multi-Tingkat Hospital Seberang Jaya (RM496.2 juta), Klinik Pakar dan wad Hospital Pulau Pinang (RM500 juta) dan menaik taraf perkhidmatan transplan Hospital Pulau Pinang (RM19.5 juta).

“Apabila pentadbiran Najib menyalurkan RM25 juta sampai telah siap Klinik Kesihatan Bandar Perda, ia membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri (Pulau Pinang, JKNPP) memindahkan sepenuhnya operasi Jabatan Pesakit Luar dari Hospital Bukit Mertajam. 

“Lambakan pesakit Hospital Bukit Mertajam yang kian menekan, berjaya dirosotkan atas sebab Kerajaan Persekutuan pada waktu itu berjaya membina Klinik Kesihatan Bandar Perda. 

“Tanpa kebijakan politik Kerajaan Persekutuan era Umno Barisan Nasional (BN) pada waktu itu dengan menambah bina klinik kesihatan baharu di bandar Perda, isu malar segar di Hospital Bukit Mertajam mustahil dapat ditangani secara material,” jelasnya lagi.

Hujung bicara kami, saya ada berkongsi pendapat - macam mana saya melihat sebuah parti politik pada PRU16 akan datang?

“Mak atau ayah atau anak kesayangan sekali pun, kalau mereka tidak OK pun, tanpa syarat saya akan jaga hubungan kekeluargaan dengan mereka.

”Parti politik bukan sama mak atau ayah ataupun anak kesayangan, jadi syarat untuk saya sokongan sesebuah parti politik adalah berdasarkan polisi real material yang dilakukan untuk rakyat termasuk saya seisi keluarga.

”Kalau pihak lain ada sebab menolak Umno BN sampai tewas pada PRU14 (2018), paling kurang saya ada satu sebab untuk sokongan Umno BN iaitu usaha pentadbiran Najib Razak menambah baik infrastruktur kesihatan awam negara khusus di Pulau Pinang,” jelas saya sambil memberitahu bahawa saya sertai Umno pada tahun 2019 iaitu selepas parti itu buat kali pertama gagal menubuhkan sendiri Kerajaan Persekutuan.

Sekadar berkongsi cerita.

Comments