27 June 2018

Kenapa Dr M, Vincent Tan berdalih tak tahu ECRL babitkan T7 Global?




KWSP akan dapat dividen serta RM6.09 bilion paper loss mungkin tidak terjadi, kalau Tun Dr Mahathir Mohamad tak umum kaji semula projek ECRL.

Selepas itu, Dr Mahathir umum ECRL mungkin diteruskan dengan syarat rundingan semula

Dalih Dr Mahathir, syaratnya tidak lagi secara bilateral antara Kerajaan Persekutuan dan China.

Selepas itu, baru lah Dr Mahathir berdalih dia tak tahu Vincent Tan menguasai syer terbesar T7 Global Bhd., iaitu kontraktor yang terlibat dalam projek ECRL. 

Apabila T7 Global Berhad sendiri menyatakan hasrat sanggup terlibat dalam projek ECRL walaupun dengan harga  projek pemajuan yang lebih murah, fahamnya kita projek persekutan itu telah berpindah tangan daripada kerajaan kepada pihak swasta.

Selama ini, Dr Mahathir hanya berdalih kononnya tahap kewangan negara tidak mampu melaksanakan ECRL.

Motif sebenar Dr Mahathir berdalih sebegitu supaya projek ECRL berpindah tangan kepada syarikat-syarikat kapitalis swasta semata-mata. 

Tidak terkejut kita kalau selepas ini Kerajaan Persekutuan sendiri memberi jaminan persekutuan (MG) untuk syarikat-syarikat kapitalis swasta terbabit meminjam dana dalam mata wang asing Yen dari Jepun untuk pemajuan projek ECRL ini, kerana Perdana Menteri Ke-7 Malaysia terbang ke Negara Mata Hari Terbit sebelum ini pun memang untuk tujuan itu

Daripada aspek lain, Vincent Tan umum menjual sebahagian sahaja sahamnya dalam T7 Global Bhd. tapi bukan semua. Kenapa?

Ada pelbagai kemungkinan. Saham T7 Global Bhd yang terlibat dalam projek ECRL tentu akan naik. 

Andaikan saham itu dibeli dulu dengan harga RM100 umpamanya, kalau nilai saham naik 10%, berapakah Vincent Tan kaut untung dengan menjual ‘sebahagian’ sahamnya itu?

T7 Global yang terlibat dalam projek ECRL tentulah akan mengaut keuntungan secara spekulatif dalam projek tersebut, maka sekaligus dividen atas keuntungan itu tentulah dinikmati oleh para pemegang syer.

Andai Vincent Tan tak menjual baki ‘sebahagian’ sahamnya dalam T7 Global Berhad, ertinya Taikun itu turut menikmati dividen hasil amalan Dr Mahathir menyerahkan projek negara kepada syarikat kapitalis spekulatif swasta.

Ini asas pemikiran kita. Nilai saham yang dijangka jatuh akan cepat-cepat dijual untuk mengelak paper loss

Saham yang dibeli sehemat mungkin untuk mengaut dividen berganda atas pelaburan. 

Ini juga lah asas yang mesti ada kepada para pemain dalam dunia pelaburan sahaja. 

5.04% saham Vincent Tan dalam T7 Global Bhd adalah pegangan terbesar dengan nilai ketika itu RM21 bilion.

Melabur sebesar RM21 bilion tapi tak tahu pembabitkan G7 Global Bhd. dalam projek ECRL? 

Dr Mahathir dan Vincent Tan masing-masing dilaporkan telah berdalih tidak tahu bahawa syarikat swasta T7 Global terlibat dalan projek ECRL.

Kalau saya di tempat Dr Mahathir atau mana-mana kroninya pun, bodoh lah andai saya secara terbuka mengaku dalam sidang media, “Vincent Tan kaut untung secara legal atas jual beli saham T7 Global Bhd kerana saya lah punca yang saja-saja ‘swastakan’ projek ECRL itu.”

Bayangkan!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus