26 June 2018

RM6.09b paper loss tapi KWSP langsung tak rugi?


PENULiS di hentian stesen MRT Surian, 22 Jun 2018 lalu. 


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Artikel Tender abang-adik ECRL berpindah tangan kepada Taikun Vincent Tan yang saya naik di Facebook peribadi pada semalam (25 Jun 2018) mendapat reaksi banyak pihak.

Dan, di bawah ini antara komen-komen menarik yang sempat saya tangkap layar di Facebook











Jadi, dalam entri kali ini, akan saya bahas mengenai:

RM6.09 bilion paper loss tapi KWSP lamgsung tak rugi? 

Sebelum pergi jauh, paper loss bermaksud harga lebih rendah berbanding waktu ia dibeli.

KWSP umum kira-kira RM6.09 bilion atau 12% nilai saham yang dilaburkan dalam 10 syarikat apabila nilai saham jatuh 12%, lapor The Edge Economy.



Ambil contoh KWSP labur dalam IJM Corp Berhad (GLC Malaysia) sebanyak 14.5%. 

KWSP tak akan labur dalam pelaburan berisiko tinggi, contoh dalam syarikat Zainulfaqar yang terlibat main judi Forex, sebab takut rugi.

KWSP labur dalam IJM Corp Berhad kerana GLC persekutuan itu terlibat dalam projek-projek awam negara seperti HSR, MRT 3 ataupun ECRL.

Mengapa? Itu, cara Kerajaan Persekutuan memastikan KWSP kaut untung atas pelaburan berisiko rendah, yang akhirnya akan menguntungkan pencarum iaitu buruh/rakyatMalaysia.

Kalau IJM Corp Berhad dah terlihat dalam projek-projek mega, tentulah nilai sahamnya akan naik, kerana pelabur mengejar dividen sama ada dalam bentuk saham ataupun tunai.

Deviden yang dibayar kepada KWSP adalah berdasarkan hasil keuntungan operasi syarikat IJM Corp Berhad. 

Apabila IJM Corp Berhad ada keuntungan keran terlibat membina MRT 3 umpamanya, tentu ada lah dividen akan dibayar kepada pemegang saham seperti KWSP.

Menurut sumber The Edge Economy, saham dalam 10 syarikat terbabit termasuk IJM Corp Berhad jatuh adalah dikaitkan dengan hasrat tidak langsung Pakatan Harapan pada PRU14, 9 Mei lalu. 

Kalau saya melabur dalam IJM Corp Berhad pun, akan saya jual saham. 

Alasan pertama saya, elak paper loss

Alasan kedua saya, nak elak daripada tak dapat dividen yang sepatutnya saya dapat kerana melabur dalam IJM Corp Berhad.

Contoh, asal saya beli sejuta sahaja IJM Corp Berhad dulu RM25 seunit. Maka, nilai saham saya RM25,000. 

Kalau nilai saham jatuh sampai RM10 seunit, maka nilai aset saya dalam bentuk saham menjadi RM10 juta, walaupun pegangan saya masih satu juta unit dalam GLC tersebut. Maka, paper loss saya adalah RM15,000. 

Andaikan saya gagal elak paper loss RM15,000 itu, lalu saya pun menjual lah 1 juta saham saya dalam IJM Corp Berhad dengan harga RM10 seunit. 

RM15,000 itu bukan lagi dianggap paper loss, tapi ia adalah kerugian sebenar (actual loss). 

Kerugian sebenar terjadi apabila saham dijual kepada pihak lain pada harga lebih rendah berbanding harga asal ketika dibeli dulu.

Itu, belum mengambil kira IJM Corp Berhad yang ‘hilang’ keuntungannya yang sepatutnya dia perolehi daripada projek pembinaan MRT 3. 

Maka, sekaligus jumlah dividen yang sepatutnya saya terima dengan sendirinya akan hilang juga.

Timbul persoalan di sini, takkan lah KWSP begitu bodoh sampai tak boleh membaca semua risiko ini, sebagaimana saya boleh baca untuk mengelak paper loss dan dividen ‘hilang’?

Jawapannya, semacam saya sebut tadi KWSP beli saham IJM Corp kerana GLC itu ada kepentingan dengan Kerajaan Persekutuan. 

Pelaburan KWSP dalam IJM Corp Berhad adalah bentuk pelaburan berisiko rendah, dengan anggaran pulangan keuntungan dalam bentuk dividen yang bagus.

Dan, paling penting sekali, KWSP tidak sangka pentadbrian Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya sabotaj pelaburan mereka dengan membatalkan pelaksanaan MRT 3. 

Walaupun menjelang PRU14, saham IJM Corp Berhad jatuh disebabkan spekulasi politik di pihak Pakatan Harapan, memang KWSP tak jangka Kerajaan Persekutuan akan berpindah tangan, dan MRT 3 dibatalkan.

Fahamnya di sini, RM6.09 bilion memang paper loss.

Saya juga tidak fikir KWSP akan menjual sahamnya sampai RM6.09 bilion menjadi actual loss

Kerana, KWSP memang badan pelaburan berkaitan persekutun, tapi bukan amalannya menjual aset (baca: saham) semata-mata untuk bayar dividen kepada pencarum. 

Kalau ditanya, adakah KWSP langsung tidak rugi?

Melabur dalam IJM Corp Berhad, tapi KWSP tak dapat dividen yang sepatutnya diperolehi kelak kerana pentadbrian Dr Mahathir sabotaj MRT 3.

Kalau saya sendiri pun boleh fikir dividen yang sepatutnya dapat tapi lesap sebagai kerugian dalam pelaburan, takkan pentadbiran Dr Mahathir sabotaj projek MRT 3 umpamanya boleh digenaralisasikan sebagai keuntungan pada pelaburan KWSP?

RM6.09 bilion paper loss tapi KWSP tak rugi? 

Tunggu tulisan seterusnya saya di blog ini, “Dr Mahathir tahu tak macam mana Vincent Tan jana keuntungan atas penswastaan ECRL?” 

Insya Allah

LOL 




No comments:

Post a Comment