10 June 2018

Kenapa contingent liabilities Fed Govt tidak boleh dirangkum sebagai hutang negara?


Baca pautan Tak faham Operating Expenditure punca hutang negara dirangkum RM1 trilion?

Di Facebook sebentar tadi, saya lanjutkan wacana - kenapa contingent liabilities Fed Govt. tidak boleh dirangkum sebagai hutang negara?

Ini satu lagi contoh untuk menolak dakyah propaganda aneh, kononnya hutang negara melebihi RM1 trilion.

Katakanlah Fed Govt. bina Hospital Awam yang baru di bandar satelit Batu Kawan dengan nilai projek RM500 juta.

Kerana tidak mahu angka hutang dalam Penyata Kira-Kira Tahunan Negara, maka UEM sebagai GLC persekutuan yang melaksanakan projek persekutuan itu.

UEM yang membuat hutang daripada bank konvensional, maka net financial savings adalah sifar.

Katakan lah Fed Govt asal berjanji bayar tiap-tiap tahun RM50 juta dalam tempuh 10 tahun, maka UEM patut terima RM500 juta.

Tapi, sebab Fed Govt. nak pastikan UEM untung sikit, dibayar lah untuk tempoh 11 tahun, dan GLC persekutuan itu dapat untung kasar RM50 juta dalam projek hospital awam di Batu Kawan.

Maka, RM50 juta yang Fed Govt bayar saban tahun selama 11 tahun itu direkodkan sebagai operation expenditure, walaupun UEM guna RM50 juta itu untuk membayar hutangnya kepada bank konvensional.

Dan, mengikut protokol perakaunan antarabangsa pun tidak pernah merekodkan RM500 juta hutang UEM kepada bank itu umpamanya, sebagai hutang negara (national debt).

Kalau faham contoh di atas, kita tidak akan rangkumkan segala contingent liabilities Fed Govt sebagai hutang negara. 

Bayangkan!


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus