05 June 2018

Tak faham Operating Expenditure punca hutang negara dirangkum RM1 trilion?

MENARIK Bicara Khas TV1 bersama-sama Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng.


Di bawah ini, saya transkrip ulasan Menteri Kewangan YB Tuan Lim Guan Eng (dari YouTube durasi 11:11 hingga 13:16) :-
Itu lah saya rasa suatu taktik yang digunakan oleh pihak tertentu untuk sembunyikan dan sorokkan keadaan sebenar hutang negara aah hutang kerajaan persekutuan. Hutang negara lain daripada hutang kerajaan persekutuan. So, kalau kita lihat dalam itu dalam takrifan hutang kerajaan persekutuan, dia menggunakan kaedah kerana dia tahu takrifan ini, dia buat apa yang kita sebut, yang pertama, ‘contingent liabilities’ iaitu dengan penjelasan yang mudah adalah tidak dikira sebagai hutang sehingga ia dapat disahkan dah menjadi hutang. Itu sebab ia 'contingent' iaitu belum berlaku lagi. Yang kedua 'off balance sheet financing' iaitu apa yang kita sebut pembiayaan kewangan di luar penyata kewangan. So, itu yang mereka guna kedua-dua taktik ini, supaya tak masuk dalam takrifan hutang. Tetapi, sekiranya ia memang sudah disahkan telah bertukar menjadi hutang, mengapa kita tidak berani untuk mengakui kita hutang sebegitu banyak. Saya sebut tentang contingent liabilities, contohnya skandal 1MDB. Kita memang sudah tahu bahawa 1MDB tidak ada kemampuan, tidak ada sumber kewangan, malah sudah jadi insolvent atau muflis. Dan, hanya Kerajaan mampu bayar bagi pihak 1MDB. Mengapa kita mesti bayar? Kerana, kita telah berikan jaminan, kita telah berikan government guarantee. Apabila 1MDB tidak mampu bayar, maka kita sudah menjadi pembayar hutang utama. So, daripada contingent liabilities, ia sudah menjadi liabilities atau suatu hutang secara langsung. Kita harus akui ini.

Umumnya, total government debt adalah jumlah hutang sebenar di bawah kerajaan persekutuan, iaitu RM648.5 bilion (kini: RM705.0 bilion)

Yang kedua off balance sheet financing iaitu apa yang kita sebut pembiayaan kewangan di luar penyata kewangan.
Saya sebut tentang contingent liabilities, contohnya skandal 1MDB. Kita memang sudah tahu bahawa 1MDB tidak ada kemampuan, tidak ada sumber kewangan, malah sudah jadi insolvent atau muflis.

Mari lihat contoh data hutang kerajaan sehingga tahun 2016, yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, seperti di bawah:


Contingent Liabilities adalah hutang yang dijamin dijamin oleh Kerajaan Persekutuan, iaitu sebanyak RM187.2 bilion (kini: RM238.0 bilion). 

Depositors Guaranteed adalah bukan hutang, tapi direkodkan sebagai total liabiliti Kerajaan Persekutuan kerana jaminan ke atas deposit KWSP, LTH, BSN (dan satu lagi Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru); iaitu sebanyak RM797.9 bilion (kini: saya tak tahu).


APA MAKSUD OPERATING EXPENDITURE?

Mari saya jelaskan dulu secara mudah apa maksud operating expenditure.

Contoh 1
Andaikan A hutang bank RM100,000 dengan bayaran balik pinjaman + faedah RM1,500 tiap-tiap bulan.

Manakala, B pula bayar sewa rumah RM1,000 sebulan kepada A. 

Adakah B dikira bayar hutang A kepada pihak bank? 

Jawapannya, tidak. Kerana, B hanya bayar sewa rumah sahaja, bukan lah bermakna B bayar bagi pihak hutang A kepada bank.

Maksudnya, A sebenarnya membayar hutang kepada bank, kalau ya menggunakan RM1,000 duit sewa rumah yang dibayar oleh B tiap-tiap bulan untuk tempoh bayar bayar balik pinjaman perumahan tersebut.

Contoh 2
Atau satu lagi contoh, A hutang RM100,000 untuk beli kereta. Sebab A tak mampu lagi bayar sewa beli, B setuju guna kereta itu dengan sambung bayar sewa beli kepada bank sahaja.

Adakah B dikira berhutang kepada bank? Jawapannya, tidak. 

B hanya sambung bayar hutang A kepada pihak bank sahaja, tapi hutang kepada bank itu adalah tetap hutang A. 

Contoh 3
Macam 1MDB yang tak mampu bayar lagi hutangnya, apabila MoF membayar hutang yang tidak mampu dibayar oleh MoF, maka ia tetap hutang 1MDB, cuma dibayar oleh MoF. 


Kalau kita faham bahawa B sambung bayar sewa beli kereta A kepada bank bukan lah bermaksud hutang A adalah hutang B, kita akan faham bahawa hutang 1MDB yang dibayar oleh MoF itu sebenarnya bukan hutang kerajaan.

Dalam disiplin perakaunan, ini semacam operating expenditure sahaja. 

Operating expenditure MoF sebenarnya bukanlah hutang kerajaan persekutuan.


Contingent Liabilities boleh dirangkumkan sebagai hutang persekutuan?

Dalam konteks 1MDB, kalau kita faham maksud sebenar operating expenditure bukan hutang kerajaan persekutuan yang sebenar, kita pasti berasa janggal kalau contingent liabilities dianggap sebagai hutang persekutuan. 

Contohnya, Guan Eng sendiri menyebut, “contingent liabilities iaitu dengan penjelasan yang mudah adalah tidak dikira sebagai hutang sehingga ia dapat disahkan dah menjadi hutang.”

Saya nak tanya juga, bilakah hutang tak berbayar 1MDB itu direkodkan sebagai hutang kerajaan persekutuan (federal debt)?

Memang susah nak jawab, apabila disebut “bila” kerana birokrasi perakaunan sedunia pun tidak pernah merekodkan contingent liabilities sebagai national debt (baca: hutang kerajaan persekutuan).

IMF sebagai badan pelobi agenda neoliberal ekonomi di peringkat antarabangsa pun tak pernah melanggar protokol perakaunan asas sebegitu, bagaimana Kerajaan boleh menyimpang jauh daripada itu?



APA MAKSUD OFF BALANCE SHEET FINANCING?

Guan Eng antara lain ada menyebut:

Kalau kita baca dalam data hutang kerajaan persekutuan bagi tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara (seperti gambar di atas), didapati ada banyak contingent liabilities membabitkan senarai syarikat milik penuh MoF Inc. 

Antaranya, Danainfra Nasional Berhad dan Khazanah National Berhad (selain 1Malaysian Development Berhad, 1MDB).

Dana Infra adalah 100% adalah syarikat milik Menteri Kewangan (diperbadankan) atau MoF Inc., maka ia adalah 100% milik kerajaan walaupun ia adalah syarikat korporat.

Dana Infra terbit sejumlah bon untuk projek MRT, lalu dibeli oleh depositors guaranteed

Maka, bon ini dikira sebagai bon korporat walaupun dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. 

Selanjutnya, MRT fares to pay for bonds issued to fund project. Baca, supaya faham apa maksud bon korporat dahulu. 

Contoh lain, Kerajaan Persekutuan melalui DanaInfra dan Khazanah selepas tahun 2001 menerbitkan bon korporat untuk tujuan “menyelematkan” (bail out) LRT dll yang diswastakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri keempat dahulu.

Baca laporan Malaysiakini, LRT to Be bailed out, govt confirms.


Apabila Kerajaan Persekutuan (sejak era Pak Lah hingga era Najib) melalui DanaInfra ataupun Khazanah menerbitkan bon korporat untuk bail out satu-satu sistem pengangkutan awam yang diswastakan oleh Dr Mahathir dulu (era pentadbrian 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003), dalam bahasa perakaunan disebut sebagai off balance sheet financing.

Ya...off balance sheet financing adalah bail out dengan bond issued via corporate bond

Kalau kita faham apa maksud off balance sheet financing, kita akan lebih mudah faham apa pula maksud on balance sheet financing.

Secara mudah on balance sheet financing bermaksud bail out via treasury bond.

Kalau ditanya, kenapa angka DanaInfra dan Khazanah pada bahagian contingent liabilities agak tinggi?

Jawapannya, kerana banyak projek negara yang diswastakan oleh pentadbrian Dr Mahathir dulu (1981 - 2003) mulai ‘diselamatkan’ oleh pentadbiran Pak Lah dan Najib.

Kalau angka contingent liabilities pada zaman Pak Lah dan Najib naik mendadak pun, kita tidak akan gelabah kerana aset negara juga kian bertambah. Faham?


INSOLVENT ITU ERTINYA MUFLIS?

Mari lihat satu lagi kenyataan Guan Eng seperti di bawah ini:

Kamus atas talian Dewan Bahasa dan Pustaka jelaskan insolvensi ertinya ketidakmampuan membayar. 

Katakanlah ada perintah mahkamah untuk lelongan rumah A, apabila nilai bersih aset (net worth) rumah A adalah RM1 juta dan melebihi jumlah hutang tak berbayarnya, adalah A boleh bankrap?

Jawapannya, A tak akan bankrap selagi ia mampu bayar liabiliti hutangnya.

Fahamnya di sini, A tidak akan bankrap ataupun muflis selagi tiada deklarasi oleh mahkamah sahaja bahawa ia bankrap.

Jika difahami maksud sebenar insolvensi, jelas ia sangat berbeza dengan maksud bankrap yang disebut oleh Guan Eng.

Mungkin Guan Eng berhasrat menggambarkan MoF membayar ‘hutang’ 1MDB kerana syarikat pelaburan negara itu sudah ‘muflis’. 

Namun, selagi tiada deklarasi mahkamah bahawa 1MDB muflis, selagi itu ulasan Guan Eng seperti di atas adalah menyimpang.


BERSAMBUNG...
• bateri telefon saya tinggal 1%.



No comments:

Post a Comment