BERSAMA anak, Insyirah Zainulfaqar menemani isteri, Siti Hajjar Hasaan melakukan endoskopi di Hospital Pulau Pinang, petang semalam. |
SOALAN 'SAUDARA KITA':
Untuk mendidik kanak-kanak, kita seringkali menggunakan istilah tertentu untuk menakut-nakutkan kanak-kanak
sehingga menjadi suatu kaedah yang diterima khalayak. Apakah Al-Quran juga
menggunakan kaedah sedemikian? Untuk mengawal aktiviti manusia, tak
bolehkah kita menggunakan sesuatu istilah yang lebih dilihat hikmah
dek mata, tetapi, diterima secara teorikal?
JAWAPAN FAQAR*:
Karektor kanak-kanak yang berbeza-beza sudah tentu memerlukan pendekatan yang lebih
fleksibal dalam mendidik mereka.
Ini logik secara
manusiawi, dan pendekatan hikmah sebegini ada dalam al-Quran untuk mengolah tabiat manusiawi yang pelbagai ini..
Dalam mendidik
anak-anak supaya mendirikan solat fardhu umpamanya, ada kanak-kanak
memadai dididik melalui perintah, nasihat, pejukan, dorongan dan
sebagainya.
a. Pendekatan perintah
"Sesungguhnya shalat itu atas orang-orang mu'minin sebagai kewajiban yang berwaktu...”
[Surah An-Nisa': 103]
b. Pendekatan Larangan/Ancaman
“Apa yang memasukkan kamu ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab, kami bukan dari kalangan orang yang mengerjakan sembahyang, kami juga tidak memberi makan kepada orang miskin, dan kami berserta memperkatakan pekara-perkara yang salah bersama-sama dengan orang yang memperkatakannya Dan kami mendustakan Hari Pembalasan.”
[Surah al-Muddaththir: 42-46]
c. Pendekatan Dorongan
“Perumpamaan shalat lima waktu itu bagaikan sungai yang lebar mengalir dimuka pintu salah satu kamu, lalu ia mandi daripadanya tiap hari lima kali. Apakah yang demikian itu masih ada ketinggalan kotorannya.”
[hadith riwayat Muslim]d. Pendekatan Hukuman
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).
[Hadis riwayat Abu Daud]d. Pendekatan Ganjaran
“Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam (solat subuh dan Asar).”
[hadith riwayat Muslim]
Apa yang saya nak sebut di sini, ini proses pendidikan yang fleksibel dalam Islam meliputi semua metod, demi memujuk umat Islam kembali melaksanakan perintah Allah S.W.T serta meninggalkan larangan-Nya.
___________
* Catatan perbincangan sesi MyHome Kuliah siri ketiga antara saya dengan seorang 'Saudara Kita' semalam, anjuran Persatuan IKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment