16 December 2014

Penarafan Mahkamah Syariah perlu pinda enakmen, kata Ketua Hakim Syarie P.Pinang

LIM Guan Eng (depan, lima dari kiri), Mohd. Rashid Hasnon (depan, empat dari kiri), Abdul Walid Abu Hassan (depan, tiga dari kiri), Azliza Sulaiman (depan, enam dari kiri) serta Wong Hon Wai (depan, tujuh dari kiri) anggota Jabatan Kehakiman Syarie Negeri Pulau Pinang di Komtar, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Enakmen Pentadbir Mahkamah Syariah sedia ada perlu dipinda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang demi penarafan institusi berkenaan pada lima peringkat mahkamah di negeri ini.

Y.A.A. Abdul Walid Abu Hassan.
Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang Y.A.A. Datuk Abdul Halim Abu Hassan berkata demikian semasa mengadakan kunjungan hormat dekat pejabat Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Wong Hong Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri) dan Penasihat Undang-Undang Negeri (LA) Azliza Sulaiman serta anggota Jabatan Kehakiman Syarie Pulau Pinang turut menyertai pertemuan tertutup tersebut.

Menurut Abdul Walid, Putrajaya mensyorkan Mahkamah Tengah Syariah diwujudkan di  antara peringkat Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.

Tambah beliau, Majlis Rayuan Persekutuan di bawah Majlis Raja-Raja Malaysia turut diwujudkan di Putrajaya sahaja, di atas peringkat Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang sedia ada.

Guan Eng dalam reaksi spontan mensyor Azliza mengemukakan draf berwajib kepada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, sebelum dipertimbang untuk dibentangkan di DUN  kelak.

"Majlis Agama Islam (Negeri Pulau Pinang, MAINPP) dah setuju dan LA kata perlu masuk mesyuarat Exco untuk persetujuan.

"Maknanya, apa-apa enakmen kita (DUN) perlu pinda, antaranya, Enakmen Pentadbiran (Mahkamah Shariah) kita perlu pinda sebab nak memasukkan penubuhan mahkamah.

"Sekarang, Mahkamah (Syariah) kita ada tiga peringkat, kalau selepas ini disetujui dengan pindaan ini, dua lagi peringkat mahkamah akan diwujudkan," ujar Abdul Walid kepada wartawan selepas selesai kunjungan hormat tersebut.

Menurut Abdul Walid, kos penarafan pada lima peringkat mahkamah syariah ini dari segi infrastruktur serta pengurusan gaji dan sebagainya akan ditanggung oleh Putrajaya, jika syor penggubalan beberapa enakmen berwajib diluluskan di DUN.

"Semua itu akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, cuma (peringkat) Mahkamah Tengah (Syariah) dan ke bawah sahaja dibiayai oleh Kerajaan Negeri," jelas Abdul Walid lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, kepemimpinan Kerajaan Negeri dan anggota delegasi Jabatan Kehakiman Syarie Pulau Pinang turut berbincang mengenai projek pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri di bawah Kerajaan Pusat, yang masih belum siap mengikut jadual pemajuan hingga kini.


Artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus