23 December 2014

Mungkinkah Al-Quran tak asli kerana disalin semula oleh manusia, tanya 'Saudara Kita' MyIKUT

"Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan..." [Surah Al-Waqi'ah: 79]


PENAUNG Persatuan IKUT Mewakili 10,000 Reverts Islam Pulau Pinang (MyIKUT) Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim meminta saya membuat dakwah susulan dengan seorang 'Saudara Kita' malam tadi.

Ini, katanya, sebagai salah satu daripada modul MyHOME Kuliah, yang diperkenalkan oleh Pemudah Cara MyIKUT, iaitu Chan Heng Chong atau Muhammad Azran Chan, 46.


ZOLKIFLY Md Lazim (kiri) dan Sheikh Husein Yee (kanan) saling berinteraksi mengenai prospek dakwah ke atas bukan Melayu di Pulau Pinang, di Pusat Dakwah Islamic Propagation Society International (Pulau Pinang) (IPSI) di sini, pada 18 November lepas.
AZRAN Chan selepas interbiu pada lewat petang 20 November lepas di perkarangan Restoran Sup Hamid dekat George Town, sedang menunjukkan modul MyHOME Kuliah yang giat digerakkannya dari satu rumah ke satu rumah saudara kita secara percuma. Lihat apa 'Saudara Kita' ini buat untuk agama-Nya. Semoga Allah membeli jiwanya dengan mahar rahmat-Nya.

Ikuti salah satu interaksi beragama antara saya dan 'Suadara Kita' yang paling saya kasihi ini, seperti di bawah.


SOALAN SAUDARA KITA:

Walaupun saya telahpun memeluk Islam dan beriman kepada Allah, bukan semua (Rukun) Islam saya beriman. 

Ada kemungkinankah bahawa Al-Quran yang sampai kepada kita sekarang ini bukan lagi kitab Allah yang asli disebabkan tersalah salin daripada kalangan manusia? 

Sudah lama saya memikirkan hal ini kerana saya seorang 'programmer' dan akan menerima sesuatu itu secara saintifik.


RESPON SAYA:
FOTOJURNALIS Zainulfaqar Yaacob.
Sebenarnya Islam sangat menghargai pemikiran yang saintifik.

Nabi Ibrahim A.S. mencari Allah S.W.T melalui tinjauannya pada kejadian alam. [Rujuk Al-Quran, 6:74-79]

Selepas kita menerima Allah sebagai Rabb, tentulah kita tidak mempertikai Al-Quran sebagai kitab Allah. Ini, isu yang telahpun selesai.

Bagaimanapun, yang dibangkitkan adalah, isu pokok yang dipersoal di sini, adakah kitab Allah yang sampai kepada kita sekarang ini masih asli sebagaimana yang Allah wahyukan kepada Rasulullah S.A.W?

Umumnya, selagi sesuatu itu boleh diukur, maka, selagi itu ia boleh membaiki keyakinan manusia.



Contoh 1:
Manusia umumnya menyimpan duit di bank walaupun sistem simpanan di institusi kewangan yang diciptakan manusia itu kemungkinan terdedah pada kesalahan kira-kira.

Ukuran intergriti bank antaranya dengan mengguna jurnal kewangan untuk memastikan keaslian simpanan kira-kira pelanggan terpelihara.

Tidak cukup dengan itu, proses audit kewangan turut dilakukan untuk tiap-tiap akaun pelanggan untuk membaiki sistem intergriti pelanggannya.

Apa yang saya nak sebut di sini, selagi sesuatu itu boleh diukur, maka, selagi itu ia boleh membaiki keyakinan manusia. 


Contoh 2:
Aplikasi sistem komputer pun senantiasa boleh dibaiki disebabkan 'programmer' ada menghafal kod-kod sistem dari semasa ke semasa untuk membaiki kelemahan aplikasi sedia ada.

Ini kerana, selagi sistem aplikasi komputer itu boleh diukur (baca: berdasarkan sistem kod-kod), maka, selagi itu ia boleh membaiki keyakinan pelanggannya, iaitu manusia.

Contoh 3:
Al-Quran yang terdiri oleh huruf-huruf sebagaimana di dalam Resam Uthmani yang dibaca oleh kita hari ini pun terjamin keasliannya disebabkan ia telahpun diukur serta diperbaiki proses salinannya oleh para Sahabat r.a.hum terdahulu, demi memudahkan kita membaca keaslian al-Quran.

Asalnya, penurunan Al-Quran melalui perantaraan Jibril secara beransur-ansur kepada Rasulullah S.A.W, demi menjamin keaslian wahyu Allah S.W.T..

"...dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril..."

[Hadith Sahih Al-Bukhari:6/470]

Kemudian, Rasulullah S.A.W menyampaikan ayat-ayat Allah ini kepada para Sahabat R.A.hum, bukan sahaja dalam bentuk hafalan, bahkan, turut ditulis oleh penulis wahyu terpilih demi memelihara keaslian Al-Quran.

Penulis wahyu terkenal, antaranya, Ubay bin Ka'ab, Abdullah bin Mas'ud, Zaid bin Thabit dan Salim bin Ma'qal.

Khalifah Abu Bakar memulakan pengumpulan Al-Quran pada zamannya, selepas lebih 70 'hufaz' atau penghafal al-Quran terkorban dalam satu peperangan pada zamannya.

Usaha penyalinan semula al-Quran secara sempurna sepenuhnya pada zaman Khalifah Uthman Al-Affan, hingga dikenali sebagai 'Al-Quran Mushaf Uthmani' yang kita baca hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hadith Sahih daripada Rasulullah S.A.W turut dipelihara melalui cara hafalan dan penulisan, selain metod pertarjihan serta jarah wa ta'dil (baca: sistem audit kesahihan hadith)

Jika keaslian sistem kira-kira audit pada bank dan aplikasi komputer yang boleh diukur pun boleh membaiki keyakinan kita pada institusi kewangan berkenaan, inikan pula keaslian Al-Quran yang dijamin keasliannya oleh Allah S.W.T.

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Al Qur'an ini adalah bacaan yang sangat mulia; Pada kitab yang terpelihara (Lohmahfuz)."
[Al-Quran:56:77-78]
Apa yang saya nak sebutkan di sini, selagi sesuatu itu boleh diukur, maka, ia boleh membaiki keyakinan serta keimanan kita.

Wallahu 'alam.


IKLAN







































__________________
Sertai NGO dakwah kami menerusi Facebook Persatuan  I K U T  Pulau Pinang. Mewakili Suara 10k Reverts Pulau Pinang atau hubungi Saudara Azran Chan di talian +60174264240 (panggilan telefon) & +60164578797.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus