M. Satees (depan, tiga dari kiri, P. David Marshel (depan, dua dari kiri) pada majlis keraian Hari Hutan dan Pokok Antarabangsa di SJK (T) Palaniandy di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KEPALA BATAS - Kira-kira 50 pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Palaniandy di sini menanam anak pokok di sekitar sekolah mereka sempena meraikan Hari Hutan dan Pokok Antarabangsa baru-baru ini.
Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), M. Satees, program anjuran bersama dengan Earth Child Institude itu diharap dapat memupuk tanggungjawab menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar.
"Ayuh hijaukan alam ini untuk masa depan yang lebih mampan.
"Pelajar yang menyertai aktiviti ini berpeluang menanam sendiri anak pokok serta mengkompos sisa pepejal, dengan tunjuk ajar pegawai MPSP," ujar Satees dalam ucapannya di sini baru-baru ini.
Seorang lagi Ahli Majlis MPSP, P. David Marshel turut berucap pada majlis itu.
Pameran kelestarian alam serta demontrasi mengkompos sisa pepejal turut dilangsungkan oleh pegawai MPSP, serentak dengan keraian Hari Hutan dan Pokok Antarabangsa.
Terdahulu, Satees dan David Marshel bersama-sama Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy menganjurkan program Plant for the Planet peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Perai, sempena meraikan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa.
Pada majlis itu, Satees mengumumkan, MPSP akan memberi insentif RM100 kepada pemberi maklumat yang berjaya mendedahkan aktiviti pembuangan sisa pepejal haram di sekitar Seberang Perai, hingga tertangkap pihak tidak bertanggungjawab terbabit.
No comments:
Post a Comment