06 November 2013

MPSP tawar RM100 dedah dalang buang sampah haram

P. KASTHURIRAANI (paling kiri), M. Satees (tengah), P. Ramasamy (empat dari kiri) dan P. David Marshel (paling kanan) menyempurnakan acara menanam pokok teduh di sini baru-baru ini sempena Hari Tindakan Iklim Antarabangsa.

PERAI - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan memberi ganjaran RM100 kepada mereka yang berjaya mendedahkan dalang di sebalik aktiviti pembuangan sampah secara haram sekitar Seberang Perai.

Ahli Majlis bagi MPSP, M. Satees berkata demikian semasa berucap pada program Plant for the Planet sempena Hari Tindakan Iklim Antarabangsa baru-baru ini.

“Tangkap gambar mereka dan hantar kepada MPSP...mereka yang memberi maklumat dan bukti akan diberi ganjaran RM100 oleh MPSP,” ujar beliau di sini.

Difahamkan, Satees bersama-sama seorang lagi Ahli Majlis MPSP, P. David Marshel mengeluarkan peruntukan majlis sebanyak RM3,000 bagi menganjurkan program menanam pokok di bekas tapak pembuangan sampah haram tersebut di sini.

Program gotong-royong yang melibatkan komuniti setempat Taman Chai Leng itu turut mendapat partisipasi langsung daripada Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy dan P. Kasthuriraaani (Ahli Parlimen Batu Kawan).

“Saya tidak mahu sebatang pokok pun ditebang di Perai tanpa pengetahuan saya.

“Pokok yang dalam keadaan berbahaya sahaja akan dibenarkan untuk ditebang,” ujar Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Kasthuriraani.

"Masyarakat harus sokong usaha-usaha Majlis Perbandaran dan Kerajaan Negeri supaya impian Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat, Selamat dapat dijayakan.

“Saya amat berbesar hati dan bangga (kerana) menjadi salah seorang daripada usaha penanaman pokok (pada) hari ini,” ujar Kasthuriraani.

Hari Tindakan Iklim Antarangsa yang diraikan pada tanggal 24 Oktober saban tahun bagi menyedarkan masyarakat dunia mengenai pri penting memulihara iklim serta alam sekitar di kawasan pemukiman masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus